Sabtu, 31 Julai 2010

Miracles of The Qur'an

Buku tulisan Harun Yahya ini menceritakan tentang keajaiban Al-Qur'an. Didalamnya terkandung tajuk-tajuk seperti kejadian alam, kejadian manusia, susu ibu,cap jari, ilmu-ilmu daripada Al-Qur'an yang sesuai sepanjang zaman, sejarah-sejarah manusia terdahulu, kebesaran Allah dan lain-lain lagi.

Dibawah ini disertakan link untuk buku dan video mengenai tajuk ini..


Miracles of the Quran








Jumaat, 30 Julai 2010

Global Citizens Day Exhibition

Semalam telah berlangsungnya satu pameran yang dianjurkan oleh peserta-peserta kursus profiensi Bahasa Inggeris (mbmmbi) peringkat daerah Mersing. Saya juga turut terlibat kerana saya merupakan salah seorang peserta kursus ini. Terdapat enam tema kesemuanya meliputi makanan,tempat menarik, pantang larang,muzik & tarian, perayaaan dan outdoor games. Group saya dikehendaki membuat pameran tentang 'Taboo & Superstitions around the world" atau dalam bahasa melayunya pantang larang.

Setelah bersusah-payah akhirnya pameran ini berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya. Peserta dan pengunjung menunjukkan komitmen yang jitu. Apabila berakhirnya pameran ini maka berakhirlah sudah kursus ini yang dijalankan sebanyak 4 fasa. Diharap guru-guru yang terlibat dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kursus ini di sekolah-sekolah mereka.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar yang dapat di'snap'kan sebelum, semasa dan selepas pameran..

Sebelum Pameran..


Tuan blog ni la tu..


ahli groupnya..


boothnye..


dewan pameran..

Semasa Pameran


Pengunjung booth kami..


tunjuk ajar cara membuat Halloween's Bat


Makluman tambahan : Sila lawati link dibawah untuk melihat gambar-gambar seterusnya..

http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=11511&id=100000869514090

Ahad, 25 Julai 2010

Binatang Terkecil di Dunia.

Ular terkecil di dunia (panjangnya 10.1cm/4 inci)



Ditemui di Barbados yang terletak di Kepulauan Caribbean. Dikenali sebagai Leptotyphlops carlae. Ia sebesar mee speghetti. Dijumpai oleh Blair Hedges


Hamster terkecil di dunia (tingginya 2.5cm/0.9 inci)



Dikenali sebagai PeeWee. Berat kurang daripada 1 ounce. Dia berhenti membesar apabila berusia 3 minggu. Adik-beradiknya yang lain berukuran 4-5 inci.





(sumber : http://www.thenatureanimals.com )

Sabtu, 24 Julai 2010

Budak Sekolah dan Keseronokan di Sekolah




Gambar disebelah adalah sebahagian daripada anak-anak murid yang saya ajar. Apa yang hendak dikongsikan disini hanyalah tentang perbezaan ketara diantara murid semasa saya bersekolah dahulu dan sekarang.

Murid-murid sekarang lebih terbuka, berani mengeluarkan pendapat dan suka berseronok di kelas. Tidak seperti kita dahulu, nak tengok muka guru pun takut. Begitu pun, apabila murid -murid terlalu terbuka dan berani mengeluarkan pendapat hal ini akan menyebabkan kawalan kelas yang tidak terkawal. Mereka lebih suka bermain, tetapi guru hendak memulakan pelajaran. Kawalan kelas tidak teratur dan penyampaian ilmu juga terencat.

Keadaan ini mungkin disebabkan murid-murid sekarang lebih terdedah dengan persekitaran mereka sebagai contoh melalui media massa. Media massa sekarang kurang mengawal kandungan rancangan yang hendak ditayangkan. Apabila murid sekolah menonton benda-benda sepatutnya tidak boleh mereka ditonton, mereka akan belajar sesuatu daripada situ dan cuba memperaktikkan dikelas. Selain itu, ibu bapa sekarang juga kurang menjaga cara-cara pemakanan anak-anak mereka. Selalu memakan makanan ringan juga boleh menyebabkan budak-budak sekolah susah dikawal (hyperaktif). Mereka selalunya tidak boleh duduk diam dan akan mengganggu pelajar lain. Jadi, P&P akan terganggu. Apa yang kita patut tahu, makanan ringan ialah makanan yang diproses oleh manusia mengandungi banyak bahan kimia yang kadang-kadang tidak sesuai dengan tubuh badan kita dan sukar dicerna. Apabila dia berada ditempat yang sesuai dia akan menggangu sistem di dalam tubuh badan kita.

Justeru itu, tugas berat menanti guru sama ada guru lama atau baru. Disamping menyampaikan ilmu kita perlu juga mampu mengawal kelas dan akhlak pelajar di dalam kelas tersebut.Untuk membentuk manusia berketrampilan, ketinggian ilmu dan akhlak mulia merupakan salah satu daripada sifat manusia berketrampilan tinggi.

Isnin, 19 Julai 2010

Global Citizen Day!! - Part 1


Apa tu? Itu adalah tema untuk tugasan kursus MBMMBI. Apa yg pasti aku pun kena juga coz aku salah seorang peserta khusus. Dia ada 6 tajuk, 1 group buat 1 tajuk. Group aku kena tajuk "Taboos and Superstitions Around The World".
Bagi aku susah juga tajuk ni coz bukan sahaja kena buat presentation tapi kena buat brochure, risalah dan bahan-bahan yg akan menarik budak-budak dan pengunjung seperti video, audio dan multimedia lain. Ni kira mcm kena pameran la coz setiap group kena buka booth. huhuhu...susah hati ni.
Kalau kawan-kawan ada idea jgn la segan2 tulis komen kat bawah ni. Saya pun perlukan idea untuk membuat benda-benda gini..

Rabu, 14 Julai 2010

Terbaru : Exora, Persona & Saga edisi 25 tahun Proton


Baru-baru ini, proton telah melancarkan edisi terbaru kereta Exora, Persona dan Saga semperna sambutan 25 tahun Proton. Kereta edisi terhad ini bertemakan 'harimau'. Setiap model hanya diperuntukan sebanyak 25 unit sahaja.
Harganya (termasuk insuran;
1) Exora : RM91,998
2) Persona : RM 69,500
3) Saga : RM54,500.
Tempahan hanya boleh dibuat mulai 12/7/2010


Lebih banyak info dan gambar, sila rujuk :
1) http://paultan.org
2) http://autoinsidermalaysia.blogspot.com
3) http://funtastickodesign.wordpress.com.



Nota:
1 ) Akan muncul model Perdana baru(rebadge Volkswagon Passat)
2) Akan muncul replacement model untuk Waja ( Waja baru rebadge mitsubishi lancer)

Isnin, 12 Julai 2010

Piala Dunia 2010 vs Liga Tempatan

Dalam kemeriahan Piala Dunia 2010, kita tidak sedar kempen liga tempatan sudah bersambung. Pada 9/7 dan 10/7 telah diadakan perlawanan di dalam Liga Premier & Liga Super. Maka tidak hairan lah ramai yang tidak tahu keputusan perlawanan itu.
Hal ini berlaku kerana mutu yang dipamerkan tidak setaraf dengan liga-liga utama lain terutamanya dari Eropah. Penghapusan pemilikan pemain import terus menyebabkan sambutan terhadap liga semakin merudum.
Walau apapun kita berharap liga kita semakin menyerlah dan memuncak kembali. Mutu liga perlu dipertingkatkan disamping pemilikan pemain import dibenarkan semula. Kehadiran pemain import yang berkualiti penting kerana kehadiran mereka boleh membuatkan pemain-pemain muda kita dapat belajar skil-skil yang menarik daripada mereka. Selain itu, tahap mental dan disiplin pemain-pemain muda mestilah tinggi jika mereka ingin berjaya. Penerapan sains sukan juga amat penting dalam bola sepak. Pemain perlu belajar cara bagaimana bermain dengan efisyen dengan mengetahui kelajuan angin, cara berlari dipadang, mengawal nafas dan pengambilan makanan yang sesuai untuk pemain bola sepak. Skil sahaja tidak mencukupi tanpa menggunakan kebijaksanaan.
Dalam keghairahan Piala Dunia ini, diharap pemain dan jurulatih dapat belajar sesuatu semasa menonton perlawanan bola sepak. Tidak kisah lah pasukan mana yang anda sokong.

Sabtu, 10 Julai 2010

Betul ke bakteria camni..



Kelebihan Memakan Ikan


Memakan ikan banyak manfaatnya. Tidak seperti haiwan lain, bangkai ikan boleh dimakan menurut syariat Islam seperti dinyatakan dalam post sebelum ini. Diantaranya kelebihannya ialah;

1) Ikan merupakan makanan sumber protein yang sangat penting untuk pertumbuhan tubuh. Ikan mengandung 18% protein terdiri dari asid amino - asid amino (monomer untuk protein)yang tidak rosak pada walaupun ikan dimasak. Kandungan lemaknya 1%-20% lemak yang mudah dicerna serta langsung dapat digunakan oleh jaringan tubuh. Kandungan lemaknya sebagian besar adalah asid lemah yang mudah dilarut yang diperlukan untuk pertumbuhan dan dapat menurunkan kolesterol darah.

2) Ikan mengandungi protein yang berkualiti tinggi. Protein di dalam ikan tersusun dari asid amino- asid amino yang diperlukan tubuh untuk pertumbuhan. Selain itu protein ikan amat mudah dicerna.Oleh itu, ikan dan hasil produknya banyak dimanfaatkan oleh orang-orang yang mengalami kesulitan pencernaan sebab mudah dicerna.

3) Ada pelbagai jenis vitamin yang terdapat di dalam ikan iaitu vitamin A, D, Thiamin, Riboflavin dan Niacin. Ikan juga mengandung mineral yang sama banyaknya dengan mineral yang ada dalam susu seperti kalsium, fosforus.

4) Selenium dan vitamin E mempertahankan jaringan keelastikan dan bila selenium kurang di dalam tubuh maka akan terjadi premature aging, iaitu suatu keadaan di mana seseorang tampak lebih tua dari umurnya. Oleh itu, makanlah sebanyak mungkin ikan terutamanya ikan laut banyak mengandung selenium, sehingga orang akan merasa lebih muda dari umurnya serta lebih aktif.

5) Ikan juga mengandungi omega 3 terutamanya ikan laut dalam (banyak omega 3). Fungsinya tidak hanya memperkuat daya tahan otot jantung, tetapi juga meningkatkan kecerdasan otak bila diberikan sejak bayi, melenturkan pembuluh darah, menurunkan kadar serangan jantung dan mencegah penggumpalan darah.

Kenapa Bangkai Ikan Halal Dimakan..

Orang Islam dilarang memakan bangkai kecuali ikan & belalang. Mengapa begitu..
Menurut satu hadis,Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, beliau menjawab:

"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar berkata: Yang dimaksud shaiduhu, yaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), yaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahwa yang dimaksud thaamuhu, yaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

Bangkai belalang juga boleh dimakan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. memberikan suatu perkenan untuk dimakannya walaupun sudah menjadi bangkai, karena satu hal yang tidak mungkin untuk menyembelihnya.

Ibnu Abi Aufa mengatakan:

"Kami pernah berperang bersama Nabi tujuh kali peperangan, kami makan belalang bersama beliau." (Riwayat Jama'ah, kecuali Ibnu Majah)

Rabu, 7 Julai 2010

Kereta




Apakah kereta impian anda? Hanya anda sahaja yang boleh menjawab. Yang pasti, belilah mengikut kemampuan kewangan anda. Tidak perlu mengikut orang. Beli untuk memenuhi keperluan. Ada sedan, compact, mpv, suv dan sebagainya.
Jika diberi pilihan mana yang anda mahu..Import,tempatan atau rebadge. Bagi saya, saya tetap pilih buatan Malaysia (gen2,persona dan exora). Tiada alasan kukuh untuk memberi alasan. Kadang-kadang alasan boleh menyinggung perasaan orang lain. Sebelum membeli kaji dahulu kelebihan & kekurangan kereta itu. Yang pasti setiap kereta ada kelebihan & kekurangannya. Tiada yang sempurna kerana dia ciptaan manusia.

Mersing




Mersing merupakan satu daerah yang agak terpencil di Johor. Walaupun begitu, daerah ini sedang giat membangun kerana daerah ini merupakan daerah perlancongan. Banyak pelancong dari luar negara datang melawat daerah ini. Maka, tidak hairanlah kos sara hidup disini agak mahal terutamanya makanan.
Daerah ini merupakan daerah terbesar di dalam negeri Johor. Ia meliputi kawasan Mersing dan Endau. Penduduknya terdiri daripada orang melayu,cina, india & orang asli. Kebanyakan orang Melayu berketurunan daripada Kelantan dan Terengganu. Ada juga berketurunan Melayu daripada sebelah utara di kawasan Endau. Orang aslinya tinggal dikawasan pedalaman seperti Tanah Abang.
Tempat pelancongan disini agak banyak seperti persisiran pantai (air papan) pulau-pulau kecil (pemanggil,aur,sibu) dan Taman Negara Endau-Rompin. Hendak mengetahui lebih lanjut sila berhubung dengan tourism Malaysia.