Isnin, 12 Julai 2010

Piala Dunia 2010 vs Liga Tempatan

Posted by fauzan ayyildizlillar on Isnin, Julai 12, 2010 in , | No comments
Dalam kemeriahan Piala Dunia 2010, kita tidak sedar kempen liga tempatan sudah bersambung. Pada 9/7 dan 10/7 telah diadakan perlawanan di dalam Liga Premier & Liga Super. Maka tidak hairan lah ramai yang tidak tahu keputusan perlawanan itu.
Hal ini berlaku kerana mutu yang dipamerkan tidak setaraf dengan liga-liga utama lain terutamanya dari Eropah. Penghapusan pemilikan pemain import terus menyebabkan sambutan terhadap liga semakin merudum.
Walau apapun kita berharap liga kita semakin menyerlah dan memuncak kembali. Mutu liga perlu dipertingkatkan disamping pemilikan pemain import dibenarkan semula. Kehadiran pemain import yang berkualiti penting kerana kehadiran mereka boleh membuatkan pemain-pemain muda kita dapat belajar skil-skil yang menarik daripada mereka. Selain itu, tahap mental dan disiplin pemain-pemain muda mestilah tinggi jika mereka ingin berjaya. Penerapan sains sukan juga amat penting dalam bola sepak. Pemain perlu belajar cara bagaimana bermain dengan efisyen dengan mengetahui kelajuan angin, cara berlari dipadang, mengawal nafas dan pengambilan makanan yang sesuai untuk pemain bola sepak. Skil sahaja tidak mencukupi tanpa menggunakan kebijaksanaan.
Dalam keghairahan Piala Dunia ini, diharap pemain dan jurulatih dapat belajar sesuatu semasa menonton perlawanan bola sepak. Tidak kisah lah pasukan mana yang anda sokong.

0 ulasan:

Catat Ulasan