Latest Videos

Selasa, 3 Mei 2011

Betul ke Osama bin Laden dah mati?

Semalam kecoh dengan berita tentang kematian seorang ketua pengganas yang sangat dikehendaki USA iaitu Osama bin Laden. Kerajaan Amerika melalui Presidennya; Barrack Obama mengumumkan bahawa Osama terbunuh dalam satu operasi ketenteraan Amerika (lebih kurang serang hendap la) di satu kawasan bernama Abbotabad. Abbotabad terletak dalam wilayah Islamabad, Pakistan. Selepas pertempuran berlaku di dalam satu rumah agam (mansion), akhirnya Osama terbunuh dalam operasi ketenteraan itu. Gambar dibawah menunjukkan gambar mayat Osama;



Agak-agak anda percaya tak osama dah mati? Kalau dah mati mana buktinya sekurang-kurangnya video kerana video sangat-sangat susah untuk didubbing (teknik pertindihan)? Atau kenapa mayat dihumban kedalam laut secepat mungkin? Tak kan takde warisnya untuk menuntut mayat-mayat itu? Atau berita kematian hanyalah satu propaganda Amerika untuk meningkatkan kredibilitinya atau untuk menaikkan nilai dolarnya yang merudum teruk. Khabarnya nilai dollar menokok tinggi apabila berita tentang kematian Osama diumumkan.

Setakat yang saya tahu, pihak Amerika belum lagi menyebarkan gambar mayat Osama. Mungkin gambar mayat Osama adalah sulit. Tidak boleh disebarkan melalui media. Gambar diatas adalah gambar palsu yang saya dapat dari pencarian di internet dengan menggunakan teknik pertindihan. Dibawah ditunjukkan cara-cara mereka menindih dua gambar menjadi satu gambar.



tengok gigi Osama masih lagi putih!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar