Jumaat, 23 September 2011

Kesan Kekurangan Sulfur Dalam Tubuh!!!



Kekurangan sulfur adalah perkara biasa dan boleh menjadi faktor penyumbang kepada obesiti, penyakit jantung, Alzheimer dan lain-lain penyakit kronik. Sulfur, kolesterol dan vitamin D yang dihasilkan dalam kulit kita akibat pendedahan kepada sinaran matahari semuanya terjalin secara rumit di dalam badan kita. Kesemua itu perlu untuk memberikan kesihatan yang optimum terutamanya kesihatan jantung. Apabila kita terdedah kepada cahaya matahari, kulit kita ankan menghasilkan dua jenis sulfur; iaitu kolesterol sulfat dan vitamin D3 sulfat. Adalah diakui bahawa vitamin D3 daripada 'oral supplements' atau makanan tambahan tidak tepu serta tidak boleh ditukar kepada sulfat D3. Jadi vitamin ini tidak dapat memberikan apa yang sama yang kita perolehi daripada vitamin D yang kita dapat daripada sintesis kulit kita terhadap cahaya matahari. Untuk bacaan lanjut sila klik  disini 


(sumber : http://www.mercola.com)

Isnin, 19 September 2011

Keindahan Dunia Laut




  


Ikan yang menyelamatkan diri dengan cara penyamaran. Mata palsu pada sirip ikan dapat menipu dan mengelirukan musuh mereka. Manakala kepandaian udang menggunakan 'penumbuk' untuk melawan musuh. Manakala ikan elektrik memberikan Darwin semakin sulit untuk membuktikan teorinya. Video ini membuka pintu bagi anda untuk menyelami dunia di bawah permukaan air. Sekali lagi anda akan terpesona pada keindahan pada ciptaan Allah yang tidak tertanding.


( sumber : http://www.harunyahya.tv/) 

Jumaat, 16 September 2011

Kisah Seekor Babi!!!

Assalamualaikum semua...

Hampir sebulan saya tidak menulis sesuatu dalam blog ini kerana kesibukan kerja. Hari ini saya ingin kongsikan tentang hal mengenai babi. Tapi sebelum tu, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaz zahir dan batin kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan blog ni.

       Dalam bulan puasa lepas, kita dikejutkan dengan berita mengenai mentega golden churn mengandungi dna babi. Ramai yang terkejut kerana mentega itu digunakan secara meluas dalam industri kek lapis. Pada tahun lepas pulak, kecoh mengenai mentega QBB Ghee mengandungi lemak babi (pig lard). Selain daripada dua benda tu, banyak lagi keluar berita tentang benda-benda kat Malaysia ni mengandungi DNA babi, lemak babi dan hal-hal mengenai babi  yang menyebabkan banyak benda yang asalnya halal menjadi haram. Jadi, walaupun Malaysia diclaim sebagai negara Islam, rakyatnya masih lagi tidak bebas daripada unsur-unsur babi ni. Rakyat pun mulalah was-was nak dapatkan produk2 dipasaran. Takut terbeli yang haram.

    Sebenarnya babi digunakan  agak meluas dalam industri, tak kiralah industri makanan, kesihatan dan pakaian. Babi ni ibarat pokok kelapa lah bagi orang Melayu. Macam-macam boleh digunakan daripada seekor babi. Untung oi bela babi. Kalau kat isi kandungan bahan makanan ataupun bahan farmaseutikal/kesihatan takde lah dia tulis kandungan babi atau pork. Dia ada istilah lain-lain untuk mengambarkan benda itu mengandungi unsur babi. Antaranya ialah porcine, lard (lemak babi), bacon (daging yang diambil dari punggung atau perut babi dan kemudian diasinkan atau disalai) dan ham (daging yang diambil dari paha babi dan kemudian di asinkan atau disalai). Tetapi ada juga terdapat istilah yang agak mengelirukan seperti beef bacon iaitu bacon daripada daging lembu atau ham daripada daging lembu. Seeloknya kalau benda tu dah halal, kita tidak boleh mengaitkannya dengan unsur tidak halal. Lebih baik anda elakkan sahaja memakan benda2 sebegini. Boleh menimbulkan was2. Panjang pulak entri saya kali. Tapi sebelum saya tamatkan cerita ni, saya ingin paste satu gambar dalam entri ini tentang apa yang anda boleh dapat daripada seekor babi. Sekian.

Untungnya membela seekor babi....kui3