Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa!!!





Assalamulaikum,

Esok kita dijangka akan menyambut 1 Ramadhan 1432H. Pada kesempatan ini, saya sebagai empunya blog ini ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua pengunjung blog ini. Sekiranya ada mana-mana entri dlm blog ini menyinggung perasaan anda, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada anda. Semoga anda ceria menyambut Ramadhan dengan orang tersayang. Ambillah kesempatan sepanjang bulan ini untuk membanyakkan ibadat dan meninggalkan maksiat supaya anda mendapat keampunan dan keredhaan dari ALLAH.

Sekian, terima kasih.

( Sumber wallpaper :  http://testi.iluvislam.com ) 
 

Rabu, 27 Julai 2011

Biomimetics : Teknologi Yang Mengambil Ilham Daripada Alam Semulajadi !!!

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik dalam blog ini iaitu konsep biomimetics. Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu konsep biomimetics. Biomimetics ialah satu konsep mengkaji model, sistem, proses dan elemen daripada alam semula jadi untuk kegunaan dan menyelesaikan masalah manusia. Atau dengan cara mudahnya meniru sumber daripada alam, manusia, binatang dan haiwan untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada manusia.

Contohnya :- Penciptaan Menara Eiffel

Arkitek menara Eiffel mengambil ilham daripada femur ( tulang peha ) untuk mencipta struktur menara Eiffel. Apa yang patut kita tahu, tulang peha merupakan tulang yang ringan dan kuat dalam tubuh badan kita. Selain itu, kebanyakan ciptaan-ciptaan hebat didunia adalah diinspirasikan atau ditiru daripada kehebatan mana-mana benda hidup. Setiap benda hidup mahupun bukan hidup  di dunia ini mempunyai ciri-ciri menakjubkan kerana ia dicipta oleh pencipta yang Maha Agung iaitu ALLAH .

Oleh itu, kita sepatutnya tidak menjadi sombong dengan kelebihan dan apa-apa yang hebat yang telah kita atau manusia lain lakukan. Hal ini kerana setiap ciptaan hebat yang dicipta daripada manusia itu, diambil dan ditiru konsepnya daripada ciptaan Maha Agung iaitu ALLAH. Dibawah ini saya telah letakkan satu filem tentang Biomimetics : Technology Imitate Nature yang memaparkan tentang teknologi yang dicipta dengan meniru alam semula jadi. Tontonlah dan ambil pengajaran daripadanya...



 


 ( sumber : http://www.harunyahya.tv )

Selasa, 26 Julai 2011

Mee Kuah Yang Pelik!!!

Mee kuah yang pelik ni boleh didapati Hakodate. Hakodate merupakan sebuah bandar dan pelabuhan di Oshima, Hokkaido, Jepun. Di dalam mee itu sotong hidup. Kalau tak caya tengok kat bawah..



Kalau nak rasa, cubalah. Naik flight dari KLIA terus ke Tokyo dan dari Tokyo ambil flight ke Pulau Hokkaido.

Isnin, 25 Julai 2011

Cara Mengelakkan Kereta Anda Berkarat!!!

Semua orang risau sekiranya kereta mereka berkarat. Ya la benda mahalkan, jadi sesiapakan tak rela untuk biarkan ia berkarat. Tapi ada satu cara untuk mengelakkan ia berkarat, caranya dengan meletakkan rumput. Tak caya tengok kat bawah :-


VW Super Beetle

Smart Car


Berani tak? Kalau berani cubalah. Bukan sebarang rumput tau. Rumput astro turf je yang boleh digunakan.  Nak tengok lebih lagi sila klik disini

( sumber : http://www.oddee.com )

Rabu, 20 Julai 2011

Ilusi Optik : Sidewalk Sphere


Hasil ciptaan luar  biasa ini menggabungkan lukisan kapur biasa dengan susunan pokok dan rumput yang sebenar. Pokok dan rumput ini adalah tumbuhan hidup. Ia merupakan satu contoh klasik anamorphosis iaitu  memanipulasikan imej dimana imej akan nampak menjadi realiti ( bentuk sfera ) apabila ia dilihat pada satu sudut yang telah ditetapkan. Lukisan Sidewalk Sphere dicipta di Paris oleh Francois Abenalet. Hendak melihat lebih banyak lagi ilusi optik sila klik disini 

 ( Sumber : http://blog.games.yahoo.com)

Isnin, 11 Julai 2011

Tulisan Rencong ialah Tulisan Melayu Yang Asli!!!

Bila dok sorang-sorang tu terfikir la juga, orang Melayu ni ada tak tulisan sendiri? Sekarang, tulisan yang saya gunakan dalam blog ni pun tulisan rumi. Bukannya tulisan Melayu. Sebelum ni pun, orang Melayu gunakan tulisan jawi iaitu tulisan arab yang dimelayukan dengan menambahkan huruf cha, nya dan ga.

Setelah dok godek2 internet ni, akhirnya jumpalah sejarah tulisan Melayu. Maklumlah zaman sekarang ni kan internet dah jadi cam library. Semua benda ada tak kiralah berfaedah atau tak. Untuk pengetahuan semua, sebelum tulisan rumi digunakan dalam persuratan Melayu, orang2 Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu tulisan Rencong, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, tulisan Rencong sahaja dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Namun begitu tulisan Rencong telah pun pupus bersama-sama dengan tulisan Kawi dan Palava. Manakala tulisan Jawi dah nyawa-nyawa ikan. Untuk membaca sejarah tulisan-tulisan yang telah pupus itu, sila klik disini 



Tulisan Rencong

Ahad, 10 Julai 2011

Lubang Neraka!!!

Hell's Gate, Uzbekistan

Anda jangan terkejut pulak. Gambar kat atas tu bukanlah gambar sebenar lubang neraka. Gambar kat atas adalah gambar sebuah lubang besar didalam tanah yang gasnya sentiasa menyala. Lubang itu lebih dikenali sebagai Hell's Gate. Lokasinya terletak di pinggir bandar Darvas, Uzbekistan.

     Segalanya bermula semasa proses penggerudian lubang yang mengandungi gas tersebut, berlaku sesuatu masalah geologi. Sekaligus menyebabkan gas di dalam lubang itu terbakar dan sentiasa menyala selama 35 tahun.

( sumber : http://www.virginmedia.com/ )

Selasa, 5 Julai 2011

Bila Ayam Jantan Bermain Bola Sepak...

Kalau kat China macam-macam benda pelik boleh ditemui. Daripada persekitaran hingga budaya hidup orang-orang kat China. Sedikit berbeza daripada tempat lain. Salah satunya ialah ayam jantan pun bermain bola sepak. Siap ada pertandingan lagi tu. Gambar-gambar kat bawah hanyalah sebahagian daripada game tersebut. Selebihnya sila klik disini

Mula menunjukkan skill tu..



Siap ada pengadil lagi tu..



Skill kungfu diaplikasikan...huhuhu

(Sumber : http://www.oddchina.com/ )

Ahad, 3 Julai 2011

Kerana Jus Kurma ini..

Jus Kurma D2-Warisan
Kerana jus kurma ini, saya sanggup drive dari Mersing ke bandar Kluang. Ntah apa keistimewaannya. Tapi isteri saya mengamalkannya semenjak dari start mengandung lagi. Saya pun cuba mencari khasiatnya kot2 tertulis kat kotaknya, tapi takde pun. Sepatutnya tulis la kat kotak tu. Baru la orang tahu khasiatnya..

        Jadi, terpaksalah saya godek2 internet. Akhirnya terjumpa lah keistimewaan. Katanya jus ini bagus untuk orang mengandung dan lepas bersalin, orang ada asma, gastrik, sendi dan saraf, tekanan darah tinggi, keletihan yang berpanjangan dan banyak lagi la. Jus ni pun bukan semata-mata mengandungi pati kurma je, dalamnya pun dicampur dengan habbatus Sauda, manjakani dan ekstak daun sireh dan zafaran. Setiap bahan ada khasiatnya tersendiri.

        Nak mencarinya pun, susah juga, bukan semua tempat ada. Kat Kluang hanya ada tiga tempat je, iaitu Kluang Parade, Kluang Mall dan Pasar Borong Songmart. Harga jualan RM35.00 je utk 355ml. Tapi kalau beli kat Pasar Borong Songmart tu dapatla RM31.00. Lepas beli tu, pusing-pusing kejap kat Kluang Mall. Puas pusing, balik la pulak. Dalam perjalanan pulang tu, singgah la kejap kat sebuah masjid. Uniknya masjid tu dalam penjara Kluang. Masjid Jamek Al-Muhaimin namanya. Besar juga masjidnya. Tapi lokasinya dalam kawasan Kompleks Penjara Kluang jadi agak terpencil dan tak ramai pengunjung. Penjara siapa nak pergikan...huhuhu3

Masjid Jamek Al-Muhaimin, Penjara Kluang

Sabtu, 2 Julai 2011

Budak-budak Kalau Bergambar........( ^_^ )

Budak-budak kalau bergambar bukannya main. Siap posing lg tu..huhuhu..
Tapi kalau belajar tak la seghairah itu. Apa-apapun itulah hakikat budak-budak zaman sekarang...
Tak macam kita dulu, mereka lebih daring dan terbuka..
Sebab tu la kdg2 cikgu sukar utk mengawal mereka...

Gambar-gambar yang saya letakkan dlm entri ini, baru saya ambil pagi tadi semperna Larian Serentak seluruh Malaysia 1 Murid 1 Sukan. Semua murid dan sekolah seluruh Malaysia terlibat. Siap masuk dalam Malaysia Book of Record lg tu...

Apa-apapun tahniah la kepada murid-murid dan guru-guru kerana dapat menjayakan larian ini. Nasihat saya kepada murid-murid, belajarlah bersungguh2, tuntut ilmu dan meniru akhlak yang baik yang dipamerkan oleh guru kamu. Ibu bapa pula, bentuk la akhlak anak anda dirumah lg, supaya bila dia mula bersekolah takde la buat perangai dan menyusahkan guru. Jangan hanya pandai mengkritik sahaja. Guru-guru pula, bekerja la sepenuh hati walaupun banyak cemuhan kepada guru. Hanya guru sahaja faham tugas guru.

Berhimpun di tapak perhimpunan


Posing lg


Sebelum berlepas untuk memulakan larian


Lepas penat berlari, makan la pulak


lepas makan, bersih kelas
  Sebenarnya banyak lagi gambar termasuklah sesi permainan, tapi takkan semua nak letak kat sini kan. Ini je la untuk tatapan.........( ^ _ ^ )

Jumaat, 1 Julai 2011

DNA : Satu Penciptaan Agung Yang Sangat Mengagumkan


  
Setiap orang mempunyai purata 100 trilion sel, setiap sel mengandungi satu molekul DNA. Dengan hanya satu DNA sahaja, ia mengandungi maklumat mengenai 3 billion subjek yang berbeza; maklumat yang cukup untuk mengisi kira-kira 1000 naskhah buku,setiap satu buku mengandungi 1 juta halaman. Jika kita meletakkan  halaman-halaman  ini sebelah-menyebelah, ia akan memanjang dari Kutub Utara hingga Khatulistiwa. Jika kita membaca 24 jam sehari, ia akan mengambil masa 100 tahun untuk menyelesaikannya. Maklumat yang agung ini dimiliki oleh satu molekul DNA, yang wujud di mana-mana sahaja dalam tubuh kita,  seperti  dalam  kuku atau sehelai rambut.

Bagaimana sedemikian perpustakaan yang luar biasa telah dimampatkan atau disumbat  ke dalam sehelai rambut yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar? Bagaimana ia telah dimasukkan ke dalam  semua  sel-sel yang membentuk rambut dan semua sel-sel lain yang membentuk bahagian badan kita?  Bagaimana boleh begitu banyak maklumat, yang kita tidak mampu melakukan sendiri, telah dipasang di dalam badan kita 100 trillion kali? Bolehkah manusia berjaya melakukan ini sendiri? Bolehkah mana-mana  teknologi yang kita kenali mencapai sedemikian perkara yang menakjubkan? Adakah maklumat yang hadir ini wujud secara kebetulan?  

Jelas sekali, apa pun peristiwa, manusia dan teknologi tidak dapat menghasilkan sedemikian  kerja yang menakjubkan. Fakta ini telah terbukti secara saintifik. Kerja yang menakjubkan ini yang wujud dalam badan kita kepunyaan Allah,yang membuat segala sesuatu menurut kehendak-Nya.

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari sperma lelaki dan ovum perempuan) serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan dan melihat . (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur ataupun kufur.   (Surah al-Insan 2-3)

 ( Diterjemah daripada : http://www.replytoateism.com)
  Sumber :  http://www.replytoateism.com
                 http://www.harunyahya.net
                 Al-Qur'an