Latest Videos

Rabu, 8 Februari 2012

Filem Hebat : Fetih 1453 !!!




Filem tentang penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad ke-2 (Fatih) semasa era kegemilangan empayar Uthmaniyah. Filem ini diarahkan oleh Faruq Aksoy akan ditayangkan kepada umum pada 17 Februari ini. Filem sejarah ini yang telah menaikkan kemarahan masyarakat kristian Eropah terutamanya di Germany dan Greece kerana mereka menganggap ia propaganda penaklukan Turki. Untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya tunggulah kot2 ditayangkan di Malaysia.

Apa yang pelik disini ada juga masyarakat di Eropah yang sentap kalau ada filem yang menunjukkan kelemahan mereka. Sepatutnya mereka terimalah dan anggap sebagai satu filem sejarah yang benar dan bertamadun. Filem ni pun bukannya filem fiksyen. Kalau ikutkan mereka lagi teruk dalam membuat filem. Dalam filem mereka selalu mengangkat orang Islam sebagai pengganas. Jadi, disini siapa yang racist dan berat sebelah sebenarnya!!!

( sumber : www.youtube.com/fetih1453 dan www.facebook.com/1453FetihFilm )

Selasa, 7 Februari 2012

Keajaiban Dalam Sistem Pendengaran!!!




Cuba bayangkan anda dikehendaki mencipta sebuah mesin yang boleh mengesan dan memproses gelombang bunyi. Untuk melakukan ini, anda memerlukan komponen elektrik yang banyak dan pelbagai. Dan untuk membolehkan mesin itu bekerja, anda perlu melakukan perkara yang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan mengikut susunan yang betul.

Pertama sekali, anda perlu memilih komponen-komponen yang betul, dan meletakkan mereka dalam susunan yang betul. Anda perlu berhati-hati dalam menyambungkan komponen-komponen itu mengikut susunan. Mana-mana kesilapan kecil dalam pemilihan bahagian, pelan pemasangan atau sambungan diantara bahagian atau komponen boleh menyebabkan kegagalan seluruh sistem. Anda perlu mengetahui bagaimana membina peranti elektrik dan membuatkan ia berfungsi. Pengalaman dalam bidang ini juga dapat membantu anda. 
Sekiranya mesin ini berjaya dicipta anda mesti berbangga dengannya. Tetapi ciptaan anda tidak dapat menandingi sistem pendengaran ciptaan ALLAH. Tontonilah video ini untuk mengetahui keajaiban dalam sistem pendengaran ciptaannya...

( sumber : http://www.harunyahya.net/   dan http://www.harunyahya.tv/ )

Isnin, 6 Februari 2012

Seekor Ayam Ditinkan!!!

Seekor ayam tu!!!

Siap ada cara memasak lg..

tepu kuahnya...

dah keluar dah!!

terbeliak biji mata budak tu...


Terkejut tak!!! kat Amerika je ada produk ni. Bagi yang bujang yang agak malas masak tu beli je la produk ni. Tapi dah takde dah coz syarikat ni pun hanya jual ayam-ayam yg dipotong ikut bahagian dan ditinkan serta berperisa yg pelbagai. Halal ke tak? tak tahulah...

(sumber : http://www.sweetsuekitchens.com:8080/ )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar