Latest Videos

Jumaat, 7 Mac 2014

Mengenal HTML!!!

Assalamulaikum, jika entri sebelum ni saya menulis tentang cara membuat drop down tab menu untuk diletakkan di dalam blog. Untuk entri kali ini, saya ingin pula mengajak anda mengenal HTML. Realitinya, file-file yang ditulis dalam drop down tab menu yang telah saya terangkan itu merupakan file-file dalam format HTML.

Jadi, HTML itu apa?
Mesti anda tertanya-tanyakan!!!

Jadi, dapatlah diterangkan di sini bahawa HTML adalah singkatan dari Hyper Text Markup Language. HTML digunakan untuk membuat laman web termasuklah blog. Sebuah file dokumen yang ditulis dalam format HTML akan dibaca dan diterjemahkan oleh web browser seperti Internet Explorer, Firefox Modzilla dan lain-lain lagi untuk kemudian disajikan dalam bentuk web.

File-file yang ditulis dalam format HTML disimpan ekstensif .htm atau .html. File-file tersebut dapat ditulis atau ditaip menggunakan berbagai macam teks editor, Notepad, Wordpad dan sebagainya. Jadi, jangan cakap Notepad tu tak berguna walaupun kebanyakan orang tidak menggunakannya. Hanya digunakan oleh secara meluas oleh programmer. Ok, itu je yang nak dishare untuk entri kali ini, bye.



'We Share, We Learn and We Seed'




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar