Latest Videos

Selasa, 24 Jun 2014

iBamboo

Berita baik buat penggemar barangan dan accessories iPhone. Kemunculan iBamboo sangat-sangat dinantikan kerana bukan sahaja berfungsi sebagai pembesar suara malahan ia sangat unik kerana tidak memerlukan kuasa elektrik untuk berfungsi seperti speaker lain.

      Speaker yang direka oleh Anatoliy Omelchenko dari Triangle Tree ini rekaannya sangat simple, hanya menggunakan potongan buluh dan selitkan sahaja iPhone anda ke dalam lubang yang disediakan. Mudahkan!!! Bentuk semulajadi yang terdapat pada buluh tersebut menguatkan bunyi dan menghasilkan kesan pseudo-stereo yang tidak memerlukan tenaga elektrik.

       Walaupun iBamboo ini bukanlah speaker tanpa elektrik yang pertama dicipta, namun ianya mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya buluh yang berkepanjangan satu kaki ini ringan dan tahan lama. Dan oleh kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi, bunyi yang dihasilkan adalah unik di mana tiada dua speaker yang akan menghasilkan bunyi yang sama.



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar