Latest Videos

Khamis, 24 Julai 2014

KENALI BRIGED ELIT AL-QASSAM



Dalam kekecohan serangan Israel terhadap Gaza, apa kata saya ingin berkongsikan maklumat dengan anda tentang Briged Izzuddin al-Qassam. Al-Qassam merupakan sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannnya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.Unit Elit ini sangat digeruni oleh regim Zionis. 

        Nama Al-Qassam diberi bersempena dengan nama seorang pejuang ulama yang syahid berdekekatan Jenin pada tahun 1935 iaitu Syeikh Izzuddin Al-Qassam. Unit elit ini hanya dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin. Jumlah bilangan tenteranya dalam lingkungan 25000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH   

1) Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2) Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
3) Mengimani perjuangan pembebasab Al-Aqsa dan Palestin.
4) Berdisiplin dan mentaati Amir.
5) Mencintai dan bersedia untuk syahid.

        Briged ini yang terkenal dengan dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dasyat sehingga media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

        Keimanan para anggota Briged Al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada diantara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid!  Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan merekan yang amat digeruni oleh 700000 tentera Israel.



"WAHAI BRIGED AL-QASSAM, PERJUANGAN ANDA AMAT KAMI SANJUNGI"
"WAHAI RAKYAT PALESTIN KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA"









Isnin, 21 Julai 2014

SHOPPING MALL TERBIAR MENJADI KOLAM IKAN!!!

Sebuah Shopping Mall di Bangkok, Thailand yang lama terbiar terpaksa menjadi kolam ikan. Shopping  Mall ni asalnya 11 tingkat. Ceritanya bermula apabila 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingkat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

         Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung. Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

         Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan! Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.

        Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar