Latest Videos

Isnin, 21 Julai 2014

SHOPPING MALL TERBIAR MENJADI KOLAM IKAN!!!

Sebuah Shopping Mall di Bangkok, Thailand yang lama terbiar terpaksa menjadi kolam ikan. Shopping  Mall ni asalnya 11 tingkat. Ceritanya bermula apabila 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingkat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

         Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung. Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

         Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan! Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.

        Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar