Latest Videos

Jumaat, 22 Ogos 2014

710!!!

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di sebuah workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus- sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, 'Apa benda tujuh-ratus- sepuloh tu?' Gadis itu mejawab 'Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru.' Gadis itu menambah bahwa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa. Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas,
dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu 'adakah benda 710 itu di kereta ini?'. Gadis itu menuding dan berkata,'Sudah tentu lah, itu dia bendanya....

 Sila tgk gambar

Inilah sebuah 710


( cerita ini dipetik daripada salah satu forum peminat proton dan pernah diletak dalam wall facebook saya pada 16/5/2010)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar