Latest Videos

Selasa, 5 Ogos 2014

AYAM BOGEL!!!



Jangan terkejut eik!! Memang ayam ini wujud. Ayam tanpa bulu ini tercipta hasil daripada kacukan antara ayam broiler dan dengan spesis ayam yang memiliki leher tidak berbulu. Genetik ini dicipta di fakulti genetik Agronomy Institute, Tel Aviv, Israel oleh seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner.
 
      Tujuan utama penghasilan ayam ini bertujuan untuk menghasilkan spesis ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas. Namun begitu, ayam ini lebih terdedah terhadap parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perbezaan suhu dan pendedahan terus cahaya matahari ke kulitnya.

      Sebenarnya, berita tentang ayam ini pertama kali muncul pada tanhun 2002, dan sejak itu tiada lagi berita tentang ayam ini didengar. Kurangnya pembaharuan di media tentang ayam ini menunjukkan bahawa kacukan ini tidak pernah berkembang biak secara komersial. 
.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar