Ahad, 31 Ogos 2014

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI!!!

Posted by fauzan ayyildizlillar on Ahad, Ogos 31, 2014 in , , , | No comments

Assalamulaikum, 

Sebelum saya meneruskan penerangan tentang hukum memakai minyak wangi, saya ingin mengucapkan kepada pembaca sekalian "Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 57 tahun".

Ok, boleh saya mulakan eik untuk menerangkan tentang hukum memakai minyak wangi.
Sebenarnya,  masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'. Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar. Bahasa Arab dan bahasa Melayu. Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni dan dah pun ada hukum pemakaiannya. Dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih lagi timbul.

            Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. Semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..
1)    Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."
2)    Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.
3)    Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."
4)   Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
5)   Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
6)   Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

Klik sini (untuk membeli minyak wangi murah)

0 ulasan:

Catat Ulasan