Isnin, 25 Ogos 2014

PULAU BUATAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN!!!

Posted by fauzan ayyildizlillar on Isnin, Ogos 25, 2014 in , , | No comments
Kadang-kadang kita tak terfikirkan bahawa manusia mampu melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. Dibawah ini akan saya tunjukkan 5 pulau buatan manusia yang menakjubkan pada ketika ini.

1) Spiral Island (Mexico)

Spiral Island (Mexico)
Pulau buatan dengan menggunakan suku juta botol plastik. Dibina oleh Richi Sowa pada tahun 1998. Menempatkat sebuah rumah dua tingkat, ketuhar solar, tandas lupus sendiri dan beberapa pantai. Malangnya pulau musnah setahun kemudian akibat taufan.


2) Mexcaltitan (Mexico)

Mexcaltitan (Mexico)
Pulau buatan ini terletak di sebelah pantai di Nayarit iaitu sebuah negeri di Mexico. Dipromosikan dan dijadikan oleh kerajaan Mexico sebagai kawasan tarikan pelancong ke negara mereka.


3) The World Islands (UAE)


The World Islands (UAE)
Terdiri daripada 300 pulau buatan manusia yang hasil daripada gabungan pulau-pulau ini membentuk peta dunia. Terletak 6 km daripada pantai Dubai, UAE. Luasnya kira-kira 55 km persegi. Dibangunkan oleh Nakheel Properties iaitu anak syarikat Dubai World Conglomerate.


4) Umi Hotaru (Jepun)

Umi Hotaru (Jepun)

Umi Hotaru ialah pulau buatan yang menghubungkan lingkaran lebuhraya Tokyo Bay Aqua-Line. Lebuhraya ini menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, Kisarazu dan Chiba. Lebuhraya yang menyeberangi teluk ini terdiri daripada terowong dasar laut dan jambatan.Terowong itu jaraknya kira-kira 9.6 km bermula di Kawasaki.

5) Khazar Islands (Azerbaijan)

Khazar Islands (Azerbaijan)

Juga dikenali sebagai Caspian Islands. Terdiri daripada 41 buah pulau buatan manusia yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Baku, Azerbaijan. Keluasannya 3000 hektar merentangi Laut Kaspian. Menempatkan perumahan-perumahan yang cukup untuk 1 juta penduduk, 150 buah sekolah, 50 buah hospital dan pusat jagaan harian, pusat membeli-belah, universiti dan lain-lain lagi. Juga menempatkan Azerbaijan Tower yang dijangkakan akan menjadi menara tertinggi di dunia apabila siap kelak.


(Sumber : www.oddee.com)





0 ulasan:

Catat Ulasan