Latest Videos

Ahad, 21 September 2014

MAWAR HITAM ITU WUJUD!!


Siapa kata mawar hitam itu tak wujud. Nah! tengok ni. Ia memang wujud. Ia bukan khayalan. Cuma ia spesis yang 'rare' saja. Turkish Halfeti Roses ialah sejenis mawar yang bewarna hitam. Hanya terdapat di Halfeti, Turki sahaja. Halfeti ialah sebuah perkampungan yang terpencil. Ia memang subur disitu kerana kondisi tanah dan pH yang sesuai untuk menghasilkan mawar bewarna hitam. Mawar hitam ini hanya tumbuh pada musim panas dalam kuatiti yang kecil. Pelikkan!!!



Sumber : disini










Rabu, 10 September 2014

TANDO ART!!!


Tando art merupakan seni kreatif yang hanya terdapat di Jepun. Seni ini menggunakan sawah padi sebagai kanvasnya. Kreativiti ini bermula sejak tahun 1993 lagi. Pada setiap musim panas sebuah pekan kecil, Inakatede di dalam daerah Aomori akan dikunjungi oleh pelancong untuk menyaksikan karya seni ini.
      Sawah padi digunakan sebagai asas untuk karya mereka. Empat jenis padi yang berlainan warna digunakan oleh petani dan ditanam mengikut posisi yang telah ditetapkan. Sawah padi seluas 15000 kaki persegi diperlukan untuk menghasilkan karya seni ini.
      Sebelum karya ini diterjemahkan keatas sawah padi, para petani kawasan ini akan melakar hasil lukisan terlebih dahulu di dalam komputer untuk menentukan dimana dan bagaimana padi tersebut hendak ditanam.
Mereka hanya memerlukan enam minggu sahaja untuk menyiapkan setiap hasil karya berkenaan. Walaupun begitu, karya seni ini tidak bertahan lama. Selepas padi dituai, para pelancong terpaksa menunggu sehingga musim panas berikutnya untuk menyaksikan karya seni ini.
     Kesimpulannya, hanya pada musim panas sahaja anda dapat menyaksikan karya seni ini. Setelah para pelancong dapat melihat sendiri di depan mata, pastinya mereka akan menyenaraiak  Pekan Inakatade sebagai tempat yang wajib dilawati sekiranya mereka melawat atau datang kembali ke Jepun. (^_^)







Isnin, 8 September 2014

SELAMAT BERJUANG!!!


Kepada semua calon UPSR seluruh Malaysia, saya ingin mengucapkan 'Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2014' terutamanya kepada murid-murid kelas 6C yang saya ajar. Gunakanlah segala ilmu yang dicurahkan oleh guru selama ini untuk menjawab sebaik mungkin soalan peperiksaan. Anda akan dapat setakat mana usaha anda. Sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh, pastinya hasilnya akan lebih baik seperti yang anda jangka. Cikgu berdoa agar semua anda berjaya!!!  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar