Rabu, 10 September 2014

TANDO ART!!!

Posted by fauzan ayyildizlillar on Rabu, September 10, 2014 in , , , | No comments

Tando art merupakan seni kreatif yang hanya terdapat di Jepun. Seni ini menggunakan sawah padi sebagai kanvasnya. Kreativiti ini bermula sejak tahun 1993 lagi. Pada setiap musim panas sebuah pekan kecil, Inakatede di dalam daerah Aomori akan dikunjungi oleh pelancong untuk menyaksikan karya seni ini.
      Sawah padi digunakan sebagai asas untuk karya mereka. Empat jenis padi yang berlainan warna digunakan oleh petani dan ditanam mengikut posisi yang telah ditetapkan. Sawah padi seluas 15000 kaki persegi diperlukan untuk menghasilkan karya seni ini.
      Sebelum karya ini diterjemahkan keatas sawah padi, para petani kawasan ini akan melakar hasil lukisan terlebih dahulu di dalam komputer untuk menentukan dimana dan bagaimana padi tersebut hendak ditanam.
Mereka hanya memerlukan enam minggu sahaja untuk menyiapkan setiap hasil karya berkenaan. Walaupun begitu, karya seni ini tidak bertahan lama. Selepas padi dituai, para pelancong terpaksa menunggu sehingga musim panas berikutnya untuk menyaksikan karya seni ini.
     Kesimpulannya, hanya pada musim panas sahaja anda dapat menyaksikan karya seni ini. Setelah para pelancong dapat melihat sendiri di depan mata, pastinya mereka akan menyenaraiak  Pekan Inakatade sebagai tempat yang wajib dilawati sekiranya mereka melawat atau datang kembali ke Jepun. (^_^)







0 ulasan:

Catat Ulasan