Sabtu, 28 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H!!!



Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini!!!
Hidupkan Ramadhan dengan membaca al-quran, banyakkan bersedekah dan banyakkan amalan-amalan sunat yang lain..
Semoga kehadiran Ramadhan kali ini memberi barokah kepada anda..(^_^)

Rabu, 25 Jun 2014

CARA MUDAH MELINDUNGI KOMPUTER KITA DARIPADA VIRUS

 
computer virus

Untuk menghindari komputer atau sistem kita daripada virus kebiasaannya kita akan meng'install' antivirus sama ada free atau berbayar. Tetapi ada lagi satu kaedah yang jarang orang gunakan untuk melindungi komputer mereka daripada virus. Berikut merupakan caranya (arahan dlm simple english) :- 

1) Click on Start button and go to RUN.
2)Type “gpedit.msc” without quotes in Run.
3)Go to computer configuration-> Administrative Templates -> System
4)Scroll down to “Turn off Autoplay” and double click on it.
5)Now click on the “Enabled” radio button, then for “Turn off Autoplay on” select “All drives”


 Mudahkan!!!
Selamat Mencuba....

Selasa, 24 Jun 2014

iBamboo

Berita baik buat penggemar barangan dan accessories iPhone. Kemunculan iBamboo sangat-sangat dinantikan kerana bukan sahaja berfungsi sebagai pembesar suara malahan ia sangat unik kerana tidak memerlukan kuasa elektrik untuk berfungsi seperti speaker lain.

      Speaker yang direka oleh Anatoliy Omelchenko dari Triangle Tree ini rekaannya sangat simple, hanya menggunakan potongan buluh dan selitkan sahaja iPhone anda ke dalam lubang yang disediakan. Mudahkan!!! Bentuk semulajadi yang terdapat pada buluh tersebut menguatkan bunyi dan menghasilkan kesan pseudo-stereo yang tidak memerlukan tenaga elektrik.

       Walaupun iBamboo ini bukanlah speaker tanpa elektrik yang pertama dicipta, namun ianya mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya buluh yang berkepanjangan satu kaki ini ringan dan tahan lama. Dan oleh kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi, bunyi yang dihasilkan adalah unik di mana tiada dua speaker yang akan menghasilkan bunyi yang sama.