Ahad, 31 Ogos 2014

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI!!!


Assalamulaikum, 

Sebelum saya meneruskan penerangan tentang hukum memakai minyak wangi, saya ingin mengucapkan kepada pembaca sekalian "Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 57 tahun".

Ok, boleh saya mulakan eik untuk menerangkan tentang hukum memakai minyak wangi.
Sebenarnya,  masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'. Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar. Bahasa Arab dan bahasa Melayu. Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni dan dah pun ada hukum pemakaiannya. Dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih lagi timbul.

            Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. Semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..
1)    Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."
2)    Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.
3)    Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."
4)   Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
5)   Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
6)   Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

Klik sini (untuk membeli minyak wangi murah)

Isnin, 25 Ogos 2014

PULAU BUATAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN!!!

Kadang-kadang kita tak terfikirkan bahawa manusia mampu melakukan perkara-perkara yang menakjubkan. Dibawah ini akan saya tunjukkan 5 pulau buatan manusia yang menakjubkan pada ketika ini.

1) Spiral Island (Mexico)

Spiral Island (Mexico)
Pulau buatan dengan menggunakan suku juta botol plastik. Dibina oleh Richi Sowa pada tahun 1998. Menempatkat sebuah rumah dua tingkat, ketuhar solar, tandas lupus sendiri dan beberapa pantai. Malangnya pulau musnah setahun kemudian akibat taufan.


2) Mexcaltitan (Mexico)

Mexcaltitan (Mexico)
Pulau buatan ini terletak di sebelah pantai di Nayarit iaitu sebuah negeri di Mexico. Dipromosikan dan dijadikan oleh kerajaan Mexico sebagai kawasan tarikan pelancong ke negara mereka.


3) The World Islands (UAE)


The World Islands (UAE)
Terdiri daripada 300 pulau buatan manusia yang hasil daripada gabungan pulau-pulau ini membentuk peta dunia. Terletak 6 km daripada pantai Dubai, UAE. Luasnya kira-kira 55 km persegi. Dibangunkan oleh Nakheel Properties iaitu anak syarikat Dubai World Conglomerate.


4) Umi Hotaru (Jepun)

Umi Hotaru (Jepun)

Umi Hotaru ialah pulau buatan yang menghubungkan lingkaran lebuhraya Tokyo Bay Aqua-Line. Lebuhraya ini menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, Kisarazu dan Chiba. Lebuhraya yang menyeberangi teluk ini terdiri daripada terowong dasar laut dan jambatan.Terowong itu jaraknya kira-kira 9.6 km bermula di Kawasaki.

5) Khazar Islands (Azerbaijan)

Khazar Islands (Azerbaijan)

Juga dikenali sebagai Caspian Islands. Terdiri daripada 41 buah pulau buatan manusia yang terletak kira-kira 25 km ke selatan Baku, Azerbaijan. Keluasannya 3000 hektar merentangi Laut Kaspian. Menempatkan perumahan-perumahan yang cukup untuk 1 juta penduduk, 150 buah sekolah, 50 buah hospital dan pusat jagaan harian, pusat membeli-belah, universiti dan lain-lain lagi. Juga menempatkan Azerbaijan Tower yang dijangkakan akan menjadi menara tertinggi di dunia apabila siap kelak.


(Sumber : www.oddee.com)





Jumaat, 22 Ogos 2014

710!!!

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di sebuah workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan sebuah tujuh-ratus- sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan, 'Apa benda tujuh-ratus- sepuloh tu?' Gadis itu mejawab 'Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya telah kehilangannya dan memerlukan yang baru.' Gadis itu menambah bahwa dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa. Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas,
dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu 'adakah benda 710 itu di kereta ini?'. Gadis itu menuding dan berkata,'Sudah tentu lah, itu dia bendanya....

 Sila tgk gambar

Inilah sebuah 710


( cerita ini dipetik daripada salah satu forum peminat proton dan pernah diletak dalam wall facebook saya pada 16/5/2010)

Rabu, 20 Ogos 2014

MANUSIA BERTUKAR MENJADI ANJING!!!


Kadang-kadang kita merasa pelik, ada juga manusia yang tidak pernah berpuas hati kerana tuhan menciptanya menjadi manusia. Sampaikan ada yang sanggup melakukan pembedahan dan tukar cara hidup menjadi binatang kesukaan mereka. Begitu juga dengan seorang bekas pekerja syarikat teknologi ini. Gary Matthews (Boomer the dog) berusia 48 tahun dan berasal daripada Pittsburgh, Pennsylvania. Dia berfikir dia sebenarnya seekor anjing. Jadi, dia pun ingin hidup dengan mengikuti cara hidup binatang itu. Setiap hari dia memakai 'costume' anjing dan makan makanan anjing menggunakan mangkuk dengan cara makan seperti anjing. Makanan kegemarannya ialah Pedigree. Selain itu, dia juga suka makan tulang yang diperbuat daripada susu dan biskut khas untuk anjing. Dia akan tidur dalam sebuah rumah anjing khas yang dibinanya didalam rumah. Dia selesa tidur disitu. Setiap hari dia akan menyalak, kejar kereta dan menggali tanah untuk mencari tulang seperti mana sama dengan anjing-anjing biasa. Pelikkan!!!

(Sumber : http://www.cari.com.my/)

Isnin, 18 Ogos 2014

PERBEZAAN ANTARA EDP, EDT DAN EDC!!!


Jika sebelum ini, saya ada bagitau bahawa saya ada menjual perfume-perfume dengan harga yang murah. Entri kali ini pula saya akan terangkan perbezaan antara jenis-jenis perfumes. Berikut merupakan sedikit penerangan.

Wangian Untuk Wanita

1) Parfum
Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain.
2) Eau De Parfum (EDP)
EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau makan malam.
3) Eau De Toilette (EDT)
Ia adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang mana ianya lebih sesuai dipakai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.
4) Eau De Cologne (EDC)
EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.
Wangian Untuk Lelaki
Di sini adalah sedikit penerangan tentang wangian untuk lelaki.
1) Eau De Toilette (EDT)
Ini adalah jenis wangian yang paling pekat campuran aromatiknya untuk lelaki dan bertahan sehingga 5 jam selepas digunakan. Campuran aromatiknya sekitar 4-10%. Ianya sesuai digunakan ke majlis dan juga ke pejabat. Biasanya EDT ini tersedia dalam bentuk ‘splash’ dan ‘spray’.
2) Aftershave
Kurang kuat wangian dan ketahanannya, tetapi masih menjadi pilihan yang popular di kalangan lelaki. Dengan kepekatan aromatiknya sekitar 1-3%, ketahanan baunya adalah sehingga 2-3 jam. Aftershave adalah lebih ‘friendly’ dengan kulit, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.
Jadi, berhati-hatilah semasa membeli perfumes untuk elakkan penipuan. Kadang-kadang ilmu yang sikit dapat mengelakkan kita daripada malapetaka besar (^_^)

Ahad, 17 Ogos 2014

ROTI KACANG POOL HAJI!!!

Pelikkan namanya!! Tapi inilah makanan yang agak laris yang dijual di Medan Selera Larkin yang terletak disebelah Balai Bomba Larkin. Saya dan kawan-kawan pernah bersinggah di Medan Selera ini pada malam Isnin yang lepas ekoran daripada kami terpaksa berkursus IPG Temenggong Ibrahim selama lima hari. 4 daripada kami telah memesan makanan.Kalau tengokkan rupa makanan ni takde la menarik sangat. Tp  disebabkan rasanya yang sedap ia tetap menjadi pilihan ramai. Kalau berminat untuk merasainya, sila lah berkunjung ke gerai No 3, Kajang Pool Haji di Medan Selera Larkin. Dekat je dengan Balai Bomba Larkin.

Roti Kacang Pool Haji!!!

 Menyelerakan tak (^_^)

Sabtu, 16 Ogos 2014

TAG-TAG HTML YANG LAIN!!!

Selain daripada tag-tag yang diterangkan sebelum ni. HTML juga ada tag-tag yang lain. Beberapa tag ini memiliki attribute tersendiri. Attribute dalam sebuah Tag akan memberikan parameter yang spesifik untuk mengatur bahagian yang ditanda dengan tag tersebut. Beberapa attribute dari tag <BODY> berikut :


Jumaat, 15 Ogos 2014

KALAU DAH KREATIF!!!

Manusia ni kalau dah kreatif macam-macam boleh dicipta. Seorang artis yang berasal dari Sao Paulo, Brazil berusia 65 tahun menghasilkan sesuatu seni yang simple tapi tampak hebat. Victor Nunes hanya menggunakan objek-objek yang biasa kita jumpa untuk menghasilkan karya seninya. Kadang-kadang kita tidak menjangkakan pun, objek-objek tersebut boleh menghasilkan karya seni yang hebat. Sila lihat di bawah ni untuk melihat hasil seninya.










Hebatkan!!!

(Sumber : http://www.mymodernmet.com/ )

Rabu, 13 Ogos 2014

LATIHAN 1 : CARA MENGGUNAKAN TAG-TAG ASAS DALAM HTML DENGAN BETUL!!!





Assalamulaikum,

Jika sebelum ni saya telah menerangkan tentang tag-tag asas dalam html. Pada entri kali ini, kita akan cuba mengunakan tag-tag tersebut. Mulakan dengan step-step berikut :-


  • Buat satu folder bernama LatihanHTML dalam Drive C : komputer anda. Folder tersebut akan digunakan untuk menyimpan file-file yang kita buat dan akan buat untuk latihan seterusnya jika anda berminat untuk belajar daripada saya.
  • Buka Notepad.
  • Taipkan baris-baris teks dibawah ini.


<HTML>

<HEAD>

<TITLE> ini tajuk web aku yang pertama </TITLE>

</HEAD>

<BODY>

selamat datang,
ini isi web pertamaku


</BODY>

</HTML>



  • Kemudian klik menu File > Save As pada menu bar Notepad. dan simpan dengan nama lat1.htm


File name : lat1.htm
Save as type : Text Documents (*.txt)
Encoding : ANSI


  • Pada Windows Explorer, browse folder LatihanHTML yang sudah anda buat tadi. Kemudian double click file lat1.htm untuk menjalankannya. Lihat apa yang berlaku.
  • Tampilan web anda lebih kurang akan menjadi seperti ini.



A  ----> tulisan dalam tag TITLE

B  -----> tulisan dalam tag BODY.

Cukuplah untuk latihan kali ini. Nantikan latihan yang saya akan tunjukkan untuk entri berikutnya. 

Wassalam.



Selasa, 12 Ogos 2014

TUTORIAL PHOTOSHOP BAHASA MELAYU!!!

Assalamualaikum..

Dah dua tiga saya tak update dalam blog ini. Busy semacam je minggu. Takde masa langsung untuk menulis entri-entri. Tapi malam ni saya agak lapang. So, saya ambil kesempatan untuk update blog ni. Takde apa-apa ceritakan nak dikongsikan. Cuma malam saya agak bermurah hati nak menghadiahkan satu buku (e-book) kepada pengikut atau pelawat blog ni. Buku ini adalah tentang latihan-latihan asas photoshop dalam Bahasa Melayu. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la download guna link dibawah ini.

Tutorial Photoshop BM


Jumaat, 8 Ogos 2014

Promosi Perfumes!!!

Assalamulaikum..

Selain daripada blog ni, saya ada satu lagi blog tentang bisness perfumes. Di dalam blog itu, saya ada menjual pelbagai jenis perfumes pada harga yang murah. Sila lawati blog itu, untuk mendapatkan perfumes idaman anda.

pautan untuk ke blog itu
atau klik sini

Khamis, 7 Ogos 2014

Tag - tag Dalam HTML

Assalamualaikum semua..

Jika sebelum ini kita belajar tentang apa itu HTML? Kali ini saya akan memperkenalkan tag-tag yang terdapat dalam HTML. HTML terdiri daripad berbagai jenis tag yang digunakan untuk menandai dan mengatur tampilan dari laman web yang kita buat. Misalnya kita ingin membuat satu perkataan yang di 'bold' kan dalam web, maka kita gunakan tag yang sesuai untuk itu. Di antara tag-tag yang terdapat dalam html ialah <HTML> , <HEAD> , <TITLE> dan <BODY> .

Tag biasanya ditulis berpasangan di awal dan di akhir bahagian, , dan .<br></p> <p style="text-align: justify;">  </p> <p style="text-align: justify;"> Tag biasanya dituliskan berpasangan di awal dan di akhir bahagian file yang akan ditanda. Untuk tag yang diletakkan di awal bahagian ditulis dengan tanda lebih kecil ("<"), nama tag, dan tanda lebih besar (">"). Manakala untuk tag yang diletakkan di akhir bahagian ditulis dengan tanda lebih kecil ("<"), garis condong ("/"), nama tag dan tanda lebih besar (">"). Sebagai contoh :-<br></p> <p>  </p> <p>  <html>     ---- pada awal bahagian file yang akan ditanda. Untuk tag yang diletakkan di awal bahagian ditulis dengan tanda lebih kecil ("<") , nama tag dan tanda lebih lebih besar (">"). Manakala untuk tag yang diletakkan diakhir bahagian ditulis dengan tanda lebih kecil ("<") , garis condong (" / ") , nama tag dan tanda lebih lebih besar (">"). Misalnya :-

<HTML>   ------> pada awal bahagian

</HTML>  -------> pada akhir bahagian

Namun, tidak semua tag harus dituliskan berpasangan. Ada beberapa tag yang cukup dituliskan sekali sahaja, contohnya tag <BR>. Tag <HTML> dan </HTML> dan digunakan untuk menandakan awal dan akhir sebuah dokumen HTML. Selanjutnya, dokumen HTML dapat dibahagikan menjadi dua bahagian, iaitu bahagian pangkal dokumen yang ditandakan dengan tag <HEAD> dan bahagian badan dokumen yang ditandakan dengan tag <BODY> . Pada bahagian pangkal dokumen (bahagian HEAD), kita dapat menambahkan judul halaman web yang kita buat menggunakan tag <TITLE>. dan bahagian badan dokumen yang ditandakan tag .Pada bahagian pangkal dokumen (bahagian HEAD), kita dapat menambahkan judul halaman web yang kita buat menggunakan tag .</p> <p style="text-align: justify;"> <br></p> <p style="text-align: justify;"> Cukup kot untuk entri kali ini, pada enti seterusnya saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan tag-tag tersebut.  (^_^)<br></p>

Cukup kot untuk entri kali ini, pada enti seterusnya saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan tag-tag tersebut.  (^_^)

Rabu, 6 Ogos 2014

BUKU UNTUK KANAK-KANAK!!!



Kanak-kanak sering berkata comelnya arnab ini ataupun cantiknya pantai ini. Tapi tahukah mereka bahawa setiap benda di dunia pasti ada pencipta. Siapakah pencipta binatang itu? Siapa pencipta kita? Setiap yang ada di dunia Allah yang menciptanya.

Bagaimana anda hendak membuat mereka faham?

Mudah aje, anda cuma perlu muat turun buku ini dan bacakan kepada mereka. Buku ini hasil karya Harun Yahya.

Muat turun disini.

Wonders Of Allah’s Creation


( Sumber : http://www.harunyahya.com )

Selasa, 5 Ogos 2014

AYAM BOGEL!!!



Jangan terkejut eik!! Memang ayam ini wujud. Ayam tanpa bulu ini tercipta hasil daripada kacukan antara ayam broiler dan dengan spesis ayam yang memiliki leher tidak berbulu. Genetik ini dicipta di fakulti genetik Agronomy Institute, Tel Aviv, Israel oleh seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner.
 
      Tujuan utama penghasilan ayam ini bertujuan untuk menghasilkan spesis ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas. Namun begitu, ayam ini lebih terdedah terhadap parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perbezaan suhu dan pendedahan terus cahaya matahari ke kulitnya.

      Sebenarnya, berita tentang ayam ini pertama kali muncul pada tanhun 2002, dan sejak itu tiada lagi berita tentang ayam ini didengar. Kurangnya pembaharuan di media tentang ayam ini menunjukkan bahawa kacukan ini tidak pernah berkembang biak secara komersial. 
.