Sabtu, 24 Julai 2010

Budak Sekolah dan Keseronokan di Sekolah

Posted by fauzan ayyildizlillar on Sabtu, Julai 24, 2010 in , , | 2 comments



Gambar disebelah adalah sebahagian daripada anak-anak murid yang saya ajar. Apa yang hendak dikongsikan disini hanyalah tentang perbezaan ketara diantara murid semasa saya bersekolah dahulu dan sekarang.

Murid-murid sekarang lebih terbuka, berani mengeluarkan pendapat dan suka berseronok di kelas. Tidak seperti kita dahulu, nak tengok muka guru pun takut. Begitu pun, apabila murid -murid terlalu terbuka dan berani mengeluarkan pendapat hal ini akan menyebabkan kawalan kelas yang tidak terkawal. Mereka lebih suka bermain, tetapi guru hendak memulakan pelajaran. Kawalan kelas tidak teratur dan penyampaian ilmu juga terencat.

Keadaan ini mungkin disebabkan murid-murid sekarang lebih terdedah dengan persekitaran mereka sebagai contoh melalui media massa. Media massa sekarang kurang mengawal kandungan rancangan yang hendak ditayangkan. Apabila murid sekolah menonton benda-benda sepatutnya tidak boleh mereka ditonton, mereka akan belajar sesuatu daripada situ dan cuba memperaktikkan dikelas. Selain itu, ibu bapa sekarang juga kurang menjaga cara-cara pemakanan anak-anak mereka. Selalu memakan makanan ringan juga boleh menyebabkan budak-budak sekolah susah dikawal (hyperaktif). Mereka selalunya tidak boleh duduk diam dan akan mengganggu pelajar lain. Jadi, P&P akan terganggu. Apa yang kita patut tahu, makanan ringan ialah makanan yang diproses oleh manusia mengandungi banyak bahan kimia yang kadang-kadang tidak sesuai dengan tubuh badan kita dan sukar dicerna. Apabila dia berada ditempat yang sesuai dia akan menggangu sistem di dalam tubuh badan kita.

Justeru itu, tugas berat menanti guru sama ada guru lama atau baru. Disamping menyampaikan ilmu kita perlu juga mampu mengawal kelas dan akhlak pelajar di dalam kelas tersebut.Untuk membentuk manusia berketrampilan, ketinggian ilmu dan akhlak mulia merupakan salah satu daripada sifat manusia berketrampilan tinggi.

2 ulasan: