Jumaat, 11 Februari 2011

Nasi Beriani Dhab

Posted by fauzan ayyildizlillar on Jumaat, Februari 11, 2011 in , | 2 comments
Sanggupkah anda memakan nasi beriani dhab? Kalau anda ingin menjamahnya pergilah ke timur tengah kerana hanya disana sahaja ada menu seperti ini. Seperti yang kita ketahui, dhab merupakan sejenis biawak padang pasir. Secara umumnya, hukum memakan biawak adalah haram tetapi mengapa orang arab memakannya?

Walaupun sejenis biawak, tetapi dhab bukanlah dari golongan yang berdarah sejuk kerana cara hidupnya di padang pasir berkait secara langsung dengan suhu panas di padang pasir. Walaupun ia adalah dari keluarga reptilia, namun begitu ia satu-satunya haiwan dari jenis itu yang halal dimakan dalam Islam. Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:


Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).

Ada pula yang berpendapat dhab adalah haiwan herbivor (vegetarian), maka ia boleh dimakan tidak sama seperti spesis biawak lain yang omnivor. Kesimpulannya, dhab halal dimakan bagi sesiapa yang ingin memakannya. Bagi sesiapa yang tidak berselera melihat daging dhab, anda dinasihatkan anda tidak cuba memakannya. Bagi orang melayu, dhab adalah terlalu asing dalam kehidupan mereka. Apa yang mereka ketahui, dhab hanyalah makanan yang dimakan oleh orang arab sahaja. Maka, dhab adalah sesuatu yang makanan yang tidak popular dan diingini oleh orang melayu.

Dhab mempunyai khasiat tersendiri terutamanya hal yang berkaitan kesihatan lelaki. Di Malaysia, minyak dhab digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Maka tidak sia-sialah tuhan menciptakan dhab.

Cukuplah setakat ini untuk entri saya kali ini...

Dibawah ini dipaparkan bagaimana proses membuat nasi beriani dhab...
Diharap anda tidak merasa mual....hehehe..


Jom buru dhab

Ye!! ye!! dah dapat

Acara penyembelihan

Kasi belah itu dhab..

melapah

Daging dhab selepas dilapah
Segala bahan masakan diletakkan sekali dalam dalam periuk besar untuk dimasak

Makanan dah siap
Jom makan...(^_^)

( Sumber : http://mforum.cari.com.my )
               : wikipedia )
 ( Olahan : sendiri ma..)


2 ulasan:

  1. serius aku tak selera tgk cara makanan ni dihidang....klu dapat nie aku nak masak kicap cili api.....Ya Allah!!!! sedapnyaaa.......

    BalasPadam
  2. nak dhab pi la negara timur tengah..
    tu pun kat padang pasir..
    klu kat syria,lubnan & palestin x dpt la..
    situ 4 sejuk sikit..
    kat malaysia ni ada minyak dhab je..

    BalasPadam