Posted by fauzan ayyildizlillar on Jumaat, Julai 01, 2011 in Inspirasi, Pendidikan, Sains, Umum | No comments
Setiap orang mempunyai purata 100 trilion sel, setiap sel mengandungi satu molekul DNA. Dengan hanya satu DNA sahaja, ia mengandungi maklumat mengenai 3 billion subjek yang berbeza; maklumat yang cukup untuk mengisi kira-kira 1000 naskhah buku,setiap satu buku mengandungi 1 juta halaman. Jika kita meletakkan halaman-halaman ini sebelah-menyebelah, ia akan memanjang dari Kutub Utara hingga Khatulistiwa. Jika kita membaca 24 jam sehari, ia akan mengambil masa 100 tahun untuk menyelesaikannya. Maklumat yang agung ini dimiliki oleh satu molekul DNA, yang wujud di mana-mana sahaja dalam tubuh kita, seperti dalam kuku atau sehelai rambut.
Bagaimana sedemikian perpustakaan yang luar biasa telah dimampatkan atau disumbat ke dalam sehelai rambut yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar? Bagaimana ia telah dimasukkan ke dalam semua sel-sel yang membentuk rambut dan semua sel-sel lain yang membentuk bahagian badan kita? Bagaimana boleh begitu banyak maklumat, yang kita tidak mampu melakukan sendiri, telah dipasang di dalam badan kita 100 trillion kali? Bolehkah manusia berjaya melakukan ini sendiri? Bolehkah mana-mana teknologi yang kita kenali mencapai sedemikian perkara yang menakjubkan? Adakah maklumat yang hadir ini wujud secara kebetulan?
Jelas sekali, apa pun peristiwa, manusia dan teknologi tidak dapat menghasilkan sedemikian kerja yang menakjubkan. Fakta ini telah terbukti secara saintifik. Kerja yang menakjubkan ini yang wujud dalam badan kita kepunyaan Allah,yang membuat segala sesuatu menurut kehendak-Nya.
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari sperma lelaki dan ovum perempuan) serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan dan melihat . (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur ataupun kufur. (Surah al-Insan 2-3)
( Diterjemah daripada : http://www.replytoateism.com)
Sumber : http://www.replytoateism.com
http://www.harunyahya.net
Al-Qur'an
0 ulasan:
Catat Ulasan