Jumaat, 23 September 2011

Kesan Kekurangan Sulfur Dalam Tubuh!!!

Posted by fauzan ayyildizlillar on Jumaat, September 23, 2011 in , , , | No comments


Kekurangan sulfur adalah perkara biasa dan boleh menjadi faktor penyumbang kepada obesiti, penyakit jantung, Alzheimer dan lain-lain penyakit kronik. Sulfur, kolesterol dan vitamin D yang dihasilkan dalam kulit kita akibat pendedahan kepada sinaran matahari semuanya terjalin secara rumit di dalam badan kita. Kesemua itu perlu untuk memberikan kesihatan yang optimum terutamanya kesihatan jantung. Apabila kita terdedah kepada cahaya matahari, kulit kita ankan menghasilkan dua jenis sulfur; iaitu kolesterol sulfat dan vitamin D3 sulfat. Adalah diakui bahawa vitamin D3 daripada 'oral supplements' atau makanan tambahan tidak tepu serta tidak boleh ditukar kepada sulfat D3. Jadi vitamin ini tidak dapat memberikan apa yang sama yang kita perolehi daripada vitamin D yang kita dapat daripada sintesis kulit kita terhadap cahaya matahari. Untuk bacaan lanjut sila klik  disini 


(sumber : http://www.mercola.com)

0 ulasan:

Catat Ulasan