Posted by fauzan ayyildizlillar on Rabu, Ogos 20, 2014 in anjing, Inspirasi, Kreatif/Pelik | No comments
Kadang-kadang kita merasa pelik, ada juga manusia yang tidak pernah berpuas hati kerana tuhan menciptanya menjadi manusia. Sampaikan ada yang sanggup melakukan pembedahan dan tukar cara hidup menjadi binatang kesukaan mereka. Begitu juga dengan seorang bekas pekerja syarikat teknologi ini. Gary Matthews (Boomer the dog) berusia 48 tahun dan berasal daripada Pittsburgh, Pennsylvania. Dia berfikir dia sebenarnya seekor anjing. Jadi, dia pun ingin hidup dengan mengikuti cara hidup binatang itu. Setiap hari dia memakai 'costume' anjing dan makan makanan anjing menggunakan mangkuk dengan cara makan seperti anjing. Makanan kegemarannya ialah Pedigree. Selain itu, dia juga suka makan tulang yang diperbuat daripada susu dan biskut khas untuk anjing. Dia akan tidur dalam sebuah rumah anjing khas yang dibinanya didalam rumah. Dia selesa tidur disitu. Setiap hari dia akan menyalak, kejar kereta dan menggali tanah untuk mencari tulang seperti mana sama dengan anjing-anjing biasa. Pelikkan!!!
(Sumber : http://www.cari.com.my/)
0 ulasan:
Catat Ulasan