Posted by fauzan ayyildizlillar on Isnin, Ogos 18, 2014 in Inspirasi, perfumes, Perniagaan, Umum | No comments
Jika sebelum ini, saya ada bagitau bahawa saya ada menjual perfume-perfume dengan harga yang murah. Entri kali ini pula saya akan terangkan perbezaan antara jenis-jenis perfumes. Berikut merupakan sedikit penerangan.
Wangian Untuk Wanita
1) Parfum
Wangian yang mempunyai campuran yang
paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal,
dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama
berbanding jenis-jenis yang lain.
2) Eau De Parfum
(EDP)
EDP adalah lebih ringan berbanding
dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih
murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi
ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis
ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau
makan malam.
3) Eau De Toilette
(EDT)
Ia adalah wangian yang lebih lembut,
dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang mana ianya lebih sesuai dipakai
untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah
berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.
4) Eau De Cologne
(EDC)
EDC selalunya dipanggil Cologne dan
mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan.
Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.
Wangian Untuk Lelaki
Di sini adalah sedikit penerangan
tentang wangian untuk lelaki.
1) Eau De Toilette
(EDT)
Ini adalah jenis wangian yang paling
pekat campuran aromatiknya untuk lelaki dan bertahan sehingga 5 jam selepas
digunakan. Campuran aromatiknya sekitar 4-10%. Ianya sesuai digunakan ke majlis
dan juga ke pejabat. Biasanya EDT ini tersedia dalam bentuk ‘splash’ dan
‘spray’.
2) Aftershave
Kurang
kuat wangian dan ketahanannya, tetapi masih menjadi pilihan yang popular di
kalangan lelaki. Dengan kepekatan aromatiknya sekitar 1-3%, ketahanan baunya adalah sehingga 2-3
jam. Aftershave adalah lebih ‘friendly’ dengan kulit, sesuai untuk anda yang
berkulit sensitif.
Jadi, berhati-hatilah semasa membeli perfumes untuk elakkan penipuan. Kadang-kadang ilmu yang sikit dapat mengelakkan kita daripada malapetaka besar (^_^)
0 ulasan:
Catat Ulasan