Latest Videos

Isnin, 15 Ogos 2016

Khasiat Ajinomoto!!!


Ajinomoto

Siapa kata ajinomoto takde khasiat. Sebenarnya ada tapi hanya untuk pokok je la. Untuk manusia memang tiada. Jom kita tengok apa khasiatnya untuk pokok:-

1. Menyuburkan tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur natrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan :

Daun yang lebih hijau
Daun tanaman yang lebat, dan
Tanaman menjadi lebih sehat

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.

3. Mempercepat munculnya bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, kerana bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman

Tidak hanya kita manusia dan haiwan, tanaman juga ternyata memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja-baja yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga baja yang sedikit mahal, sehingga membuat proses pemberian makanan atau pembajaan menjadi sedikit tergendala. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggantikan baja kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini  ke tanaman kesayangan anda agar mereka boleh tumbuh subur dan keperluan nutrisinya dipenuhi dengan baik.

5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati

Selasa, 2 Ogos 2016

Cara Kreatif Mengendali Wayar Yang Berselirat!!!

Wayar dirumah anda berselirat? Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni macam mana cara nak mengendali wayar yang berselirat :-










Nampak kemas dan cantik. Mudahkan!!! (^_^)

Selasa, 2 Februari 2016

Dah Berabuk!!!

      Fuh..lamanya tak tulis entri dalam blog ni. Dah jadi hidup segan mati tak mahu je blog ni. Sebenarnya bukan tak anak update tapi idea tak ada...huhuhu.. Ya la kan, tak kan nak copy paste posting orang je masuk dalam ni. Kena la masukkan idea-idea sendiri coz blog ni pun berkaitan apa yang ada diminda saya. Disamping takde idea, saya pun sedang struggle untuk sembuh dari penyakit TB. Tiba2 plak kena TB pertengahan bulan Oktober tahun lepas. Kena tahan kat wad dua minggu tu. Hasilnya kena la telan ubat tiap-tiap hari selama 6 bulan. Sekarang ni dalam tempoh kena telan ubat la. Bersabar je la, lg 2 bulan setengah je. Itu je la, sebagai permulaan untuk tahun ni. Doakan saya semoga cepat sembuh amin...(^_^)  


kurus tak...

Khamis, 6 Ogos 2015

Tips Mudah Menyimpan Duit ( Tips 1)



Ramai di antara kita yang inginkan duit yang banyak dalam akaun kita. Namun mampukah kita berjimat untuk menyimpan duit. Disini ada satu tips yang saya ingin kongsikan :-

Hapuskan hutang anda terlebih dahulu

Pelik tak tips ni? Takde yang pelik sebenarnya. Dengan menghapuskan hutang anda, setiap bulan duit yang anda 'spend' untuk bayar hutang boleh digunakan untuk menabung. Caranya mudah saja, kira berapa banyak wang yang anda habiskan setiap bulan untuk membayar hutang. Banyakkan!!!...

    Kemudian, cuba cari jalan untuk menyelesaikan hutang anda dengan cepat. Apabila hutang sudah selesai duit yang anda gunakan untuk membayar hutang setiap bulan boleh digunakan untuk disimpan. Mudah tak...

Tetapi berbalik la kepada anda la. Nak ke tak!!!



(rujukan : kokotiam.net )










Isnin, 27 Julai 2015

Kelebihan Meminum Ais atau Air Sejuk!!!

Ais


Kite ditipu yahudi
Minuman panas atau minuman sejuk yang merbahaya ?

Kebanyakan kita d Malaysia tidak mengamalkan meminum minuman sejuk atau berais d sebabkan kononnya boleh mendatangkan banyak penyakit. Jadi kebanyakan d antara kita lebih memilih untuk mengambil yang panas. Sebenarnya teori atau rancangan Yahudi sudah mendahului agama kita, kita terpedaya dengan teori-teori Barat sedangkan kita ada panduan daripada Quran & Hadith yang tidak akan luput di telan zaman. Tahukah kita bahawa Sains menjumpai satu keputusan berkenaan minuman sejuk yang kononnya dikatakan berbahaya kepada kesihatan dalaman manusia. Yang mana keputusan itu jauh ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan Al Quran & As Sunnah. Dari Urwah Bin Zubair RA berkata : Bahawasanya pernah beliau ( Asma bin Abu Bakr membuat tsarid, beliau kemudian menutupnya sehinggalah asap panasnya hilang. Kemudian berkata dia " Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw pernah berkata " sesungguhnya itu menambahkan baraqah " ( Musnad Ahmad no 26958. Di nilai sohih oleh Sheikh Nasiruddin Al Bani dan di nilai hassan oleh Syuaib Al Arnauth).

       Mari kita baca sedikit sebanyak tentang kelebihan yang terdapat pada ais. “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tidak baik untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

      Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

     Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang bahaya seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

     Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

     Dan yang paling panas kononnya mengamalkan minuman sejuk boleh menyebabkan risiko mati pucuk bagi lelaki, tidak ada keputusan dari Saintis maupun DR yang mengatakan demikian. Melainkan petua2 orang terdahulu yang tidak mempunyai fakta. Walhal hanya pantang larang dan pendapat mereka sendiri tapi bila terbiasa di dengar dari dulu hingga sekarang, orang akan anggap ianya benar dan tepat.

-muiz-

Dipetik daripada page facebook Kami sayang ulama

Ahad, 15 Februari 2015

Apa Ada Dalam Kapal ni , eik?

Kapal sebesar ni buat kita tertanya-tanya. Apa yang ada dalam kapal ni eik...






Umm..Shopping Mall rupanya. Gambar kat atas bukan kapal sebenarnya tapi sebuah Pusat Membeli Belah sebenarnya. Ia dikenali sebagai Whampoa Mall yang terletak di Whampoa Garden, Hong Kong. Selain Shopping Mall terdapat juga gym dan cinema didalamnya. Ingat!!! ini bukan kapal kalau tak kat dalam laut mesti tenggelam...huhuhu

Isnin, 5 Januari 2015

KENAPA FACEBOOK TAK PERNAH HANG?!!!!

Assalamualaikum semua, nak tahu tak kenapa facebook tak pernah hang walaupun ramai orang menggunakan dalam sesuatu masa? Sebelum saya cerita lebih lanjut, saya mengambil kesempatan disini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1436 dan Selamat Tahun Baru 2015. 
         Sebenarnya tiada rahsia besar pun kenapa facebook tidak pernah hang. Jawapannya ialah facebook memmpunyai pusat pengkalan data yang sangat besar. Jadi segala mak nenek yang anda upload dan share dalam tu ada tersimpan dalam pusat pengkalan data tu.
           Untuk makluman, Pusat Data gergasi facebook terletak di Pinewood, Oregon, USA. Ia berukuran 10000 meter persegi. Diharap kerajaan Malaysia pun kena ada Pusat Pengkalan Data besar gedabak macam ni terutamanya KPM untuk mengelakkan sistem online yang asyik hang je...huhu. Diharap juga pusat data fecebook tidak mudah ditenggalami banjir untuk mengelakkan gambar-gambar selfie anda atau pun gambar-gambar makanan yang anda upload sebelum dimakan tidak hilang...kuikuikui.




Sumber: Facebook

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar