Isnin, 8 November 2010

Apa itu minyak pelincir



Minyak pelincir (minyak enjin) atau pun bahasa pasarnya ialah minyak hitam berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain berfungsi sebagai cecair penyejuk dan mengawal pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Kebiasaannya orang akan menukar minyak pelincir setiap 5000km -10000km sekali mengikut keupayaan jenis minyak pelincir itu;
  • minyak pelincir jenis mineral (cth: Petronas Mach 5) - 5000 km
  • minyak pelincir semi sintetik (cth : Petronas Syntium 800) - 7000km
  • minyak pelincir sintetik/full synthetic (cth : Petronas Syntium 1000) - 10000km

Gred minyak pelincir;
  • monograde (gred tunggal) -  Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas).
  • multigrade  - sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat.


15W - 50  -----> apa ni?

ini menunjukkan minyak pelincir itu jenis multigrade sebagai contoh Petronas Syntium 800 15W-50. 
Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

 Malaysia mana ada salji, boleh ke guna kat sini?

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

Maklumat tambahan;
  • API - American Petroleum Institute
  • SAE - Society of Automotive Engineer

Diadun dan diolah daripada sumber-sumber berikut;
  • http://malaysianbikers.com.my/forum
  • http://www.sioloon.com

Ahad, 7 November 2010

Helipad Burj Al-Arab

Nama Burj Al-Arab mungkin tidak asing lagi bagi sebahagian daripada kita kerana Burj Al-Arab merupakan hotel yang tertinggi di dunia dan hotel pertama didunia yang berstatutus 7 bintang. Hotel ini terletak di Dubai, UAE. Tetapi tahukah anda bangunan itu juga menempatkan sebuah court tenis yang paling tinggi di dunia yang dikenali sebagai Helipad Burj Al-Arabi.

Agak-agak andalah, beranikah anda bermain tennis di atas court seperti ini? Tapi tengok Roger Federer dan Adre Agassi selamber je main kat court ni. Tempat yang sesuai dijadikan pendaratan helikopter tetapi diubahsuai menjadi court tenis. Pelik bukan? Gambar-gambar di bawah menunjukkan rupa bentuk fizikal court itu;

Burj Al-Arab


Helipad Burj Al-Arab

Andre Agassi

Roger Federer memukul bola ke laut

Adre Agassi dan Roger Federer

Roger Federer melakukan servis


( info disedut daripada : mforum.cari.com.my)
( diolah sendiri)

Selasa, 2 November 2010

Fakta Mengenai Kentut Anda


Jika anda tidak faham, sila ajukan soalan diruangan komen. Saya sedia membantu..

( sumber : http://mforum.cari.com.my)

Isnin, 1 November 2010




Reveals professional, "Insider" Tips And Tricks For Taking Awesome Digital Photos With Your Digital Camera... (even if you're a complete newbie to photography!)
Click Here!

Amazing Mental Math Secrets



Amazing Discoveries Decoded From Ancient India revealed a whole new way of simplified mental math strategies! now you can simplify and calculate math problems mentally with ease even if you’re absolutely terrible at math or if you just want to improve your skills, make higher grades in school, Or Just For FUN!”

AdwareBOT 2010


 AdwareBOT 2010 is the industry's latest, most advanced anti-spyware product. This breakthrough application was created by the most highly-regarded experts in the anti-spyware industry. AdwareBOT 2010 can locate, eliminate and prevent the broadest range of spyware threats possible without compromising system speed or performance. With its comprehensive protection and automatic updates, every customer of AdwareBOT 2010 enjoys a safe, spyware-free computing environment.

For more information about this product, please;
Click Here!

Khamis, 28 Oktober 2010

Adakah anda berani untuk duduk di atas tempat duduk sebegini?









Adakah anda berani untuk duduk di atas kerusi atau sofa seperti gambar-gambar diatas? Perabot-perabot diatas merupakan sebahagian daripada rekaan-rekaan kreatif yang dihasilkan oleh seorang artis Perancis; Michel Haillard. Boleh dianggap sebagai rekaan yang luar biasa, pelik, mewah, sedikit ancaman kepada alam sekitar tetapi rekaan ini sangat asli/tulen. Bukan sahaja menggunakan kulit buaya, kuda belang dan burung unta malah sumbu, gading dan ekor juga digunakan untuk menghasilkan perabot-perabotnya. Emas, kayu, perak dan gangsa juga digunakan dalam setiap ciptaannya walaupun bulu haiwan asli merupakan komponen utama dalam setiap ciptaannya. Sudah tentu mahal harganya eik...Untuk melihat perabot-perabot ciptaannya yang lain, sila lawati http://www.dumage.com/weird-furniture/

(Diterjemah daripada : http://www.dumage.com/weird-furniture/)

Rabu, 27 Oktober 2010

Spesis Haiwan Baru Yang Ditemui Di Amazon

Seperti yang kita ketahui Amazon merupakan satu kawasan hutan hujan tropika yang besar dan tebal. Kini, beberapa spesis baru ditemui. Diantaranya :-






1) "Ranitomeya amazonica", sejenis katak yang mempunyai kepala yang berwarna merah seperti api.




2) 'Apistogramma baenschi,' satu spesis ikan yang baru ditemui.


3) 'Ephebopus cyanognathus,' spesis labah-labah


Untuk melihat lagi 6 spesis haiwan yang baru ditemui sila lawati : http://buzz.yahoo.com


( sumber maklumat dan gambar : http://buzz.yahoo.com/ )

Selasa, 26 Oktober 2010

Perang Tanpa Sempadan

Saksikan peperangan diantara sang pencipta dengan yang dicipta..

Isnin, 18 Oktober 2010

Cerita Seram Di Hospital (namanya dirahsiakan)

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital yang terpaksa di rahsiakan namanya, kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang di tempatkan di situ pasti akan  meninggal pada setiap pagi jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut..mungkin ada makhluk halus yg menetap disitu..
Bila tiba hari jumaat yg berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab utama kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda yg kemalangan dalam keadan koma, beberapa doktor di lihat memegang yasin dan al quran sbg persiapan menghalau makhluk halus.

masa berlalu hinggalah pada tepat jam 9 pagi.....tiba2........

pintu bilik ICU terbuka, kemudian masuk seorang wanita tua yg bertugas sbg pekerja sambilan sbg cleaner yg hanya bertugas pada hari jumaat....
makcik itu masuk lalu terus menuju ke katil keramat tersebut....dan...

terus mencabut soket elektrik alat bantuan pernafasan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya......








Jumaat, 8 Oktober 2010

Peliknye..


Pernah tengok foto ni? Pelik tak..

Ini adalah foto sebuah lombong berlian di Canada. Dikenali sebagai The Diavik Diamond Mine terletak 300km (186batu) di utara Yellowknife, Canada.Lombong ini menghasilkan 8 juta karat ( 3500 pound)  berlian/intan setahun. Lombong ini sangat besar sehingga mampu memiliki dan membina lapangan terbang dikawasan lombong.  Landasannya mampu menempatkan sebuah boeing 737.

Mahu tengok lagi gambar-gambar pelik, sila buka http://www.oddee.com

(Sumber : http://www.oddee.com)

Isnin, 4 Oktober 2010

Bilik Ibadah/Solat Pelbagai Agama


Pernah tengok bilik solat begini? Foto ini diambil di salah sebuah lapangan terbang di Singapura. Agak-agak tuan-tuan dan puan-puan nak bersolat tak kat tempat begini.? Bilik solat untuk kegunaan pelbagai agama maksudnya sesiapa pun tak kira apa agamanya boleh menggunakan bilik ini untuk ibadat agamanya. Sesiapa saja boleh tapi mesti patuhi arahan yang ditulis disitu. Bagi saya, kamu boleh solat dimana-mana pun asalakan tempat itu bersih dan kamu ada wudhuk. Tapi sekiranya ada anak patung kristian atau patung-patung buddha atau hindu, jangan pulak kamu solat depan benda-benda gitu..

(Sumber : http://mforum.cari.com.my)

Sabtu, 2 Oktober 2010

Belilah Laptop Lenovo..

Kepada sesiapa yang belum memiliki laptop, belilah laptop Lenovo kerana ia tahan lasak. Berbaloi untuk dimiliki..


Sabtu, 25 September 2010

Seluar Sauna


Anda pernah tengok gambar ini? Gambar ini menunjukkan Wonder Sauna Hot Pants. Pakaian ini mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 70-an. Sekiranya anda ingin bentuk badan yang menarik tanpa perlu berusaha keras, cubalah seluar ini. Sesuai untuk semua jantina, saiz yang sesuai untuk semua (semua boleh pakailah tanpa mengira saiz). Tapi harganya saya tak pasti & masih wujud lagi ke produk ni pun saya tak pasti. Selamat mencuba....hehehe

(Sumber : http://www.oddee.com )

Ahad, 19 September 2010

Hikmah Makanan Dalam Islam

Hari ini, saya akan menulis tentang kepentingan makanan dan hikmahnya dalam Islam. Dibawah ini disenaraikan beberapa jenis makanan dan hikmahnya dalam Islam:-
Roti (khubz)
 
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
 
Jintan Manis (anisun)
 
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
 
Epal (tuffah)
 
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
 
Asparagus (hiyawn)
 
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
 
Pisang (mawz)
 
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
 
Barli (sya'ir)
 
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
 
Selasih (manis rayhan)
 
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
 
Mentega (zubdah)
 
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
 
Bunga kubis (qunnabit)
 
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
 
Chamomile (babunaj)
 
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
 
Lobak merah
 
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
 
Biji kopi (qahwah)
 
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
 
Biji hitam (habb al sauda)
 
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
 
Ayam (dajaj)
 
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
 
 Kulit kayu manis (darchini)
 
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
 
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
 
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
 
Timun (qitta')
 
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
 
Tamar kering (tamr)
 
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
 
Terung (badhijan)
 
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
 
Telur (baydah)
 
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
 
 "Endive" (hindiba)
 
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
 
Fenugreek (Hulbah)
 
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
 
Buah Ara fig (fin)
 
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
 
Ikan (samak)
 
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak  seimbangan badan
 
Bawang putih (thum)
 
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
 
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
   
Halia (zanjabil)
 
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
 
Inai (henna)
 
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
 
Madu lebah(a'sl)
 
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
 
Kekacang (a'das)
 
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
 
Salad (khass)
 
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
   
Daging (lahm)
 
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 
 
Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

Sabtu, 18 September 2010

Kongkang



 Pernah tengok gambar ni.? Inilah kongkang (english : slow loris). Saya pasti ramai yang tak pernah melihatnya sebab binatang ni dah hampir pupus. Kali terakhir saya tengok dekat kampung saya pun masa tahun 1991. Entah ada tak lagi binatang ni. Apa yang menarik tentang kongkang ni lah adalah disebabkan matanya besar. Comelkan... Korang pun kalau nak cari awek mesti nak cari yang mata besarkan. Sebab tu lah kalau kita tengok anime-anime banyak kalau karekter perempuannya bermata besar supaya nampak cute. Apa susah kalau susah sangat nak dapat awek couple je dengan kongkang ni hahaha..Gurau je, jangan ambil hati pulak..

Kongkang tergolong dalam spesis loris dalam genus Nycticebus. Ada tiga jenis kongkang didunia ini; Kongkang Sunda (Nycticebus coucang), Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil (Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara, sepanjang Bangladesh, Vietnam, Indonesia, India (Timur laut India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand. Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies terancam.Nama Indonesia adalah malu malu. Spesies Kerdin disenaraikan sebagai terancam oleh Perkhidmatan Haiwan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.International Union for Conservation of Nature and Natural Resources Red List of Threatened Species mengelaskan Kongkang Jawa sebagai spesies terancam dan semua spesies kongkang lain sebagai lemah.

Kongkang adalah haiwan berdarah panas (mamalia), melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak perlahan. Matanya sedikit kemerahan.

Kongkang merupakan maserba yang memakan daging apabila berpeluang, biasanya memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil, telor, dan haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan senyap, mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar menggunakan kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah, daun muda, dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih rendah berbanding anggaran berasaskan saiz. Tetapi kebiasaannya, kongkang makan pisang ataupun buah-buahan yang lembut isinya terutamanya  buah-buahan manis (favoritenye).

Jadi sesiapa yang tak pernah melihat kongkang, tataplah gambar kongkang dalam entri ni lama-lama..

(Sumber : http://9w2ggk.multiply.com)

Sabtu, 11 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelawat blog ini..
Maaf Zahir dan Batin. (^_^)

Rabu, 25 Ogos 2010

Buah Tembikai Termahal di Dunia


Buah tembikai hitam yang besar ini telah dilelong di utara Jepun dengan harganya sebanyak $6000, menjadikan ia buah tembikai termahal di Jepun mahupun di dunia. Tembikai Densuke Premium ini dengan beratnya 17 pound adalah satu daripada 65 daripada tuaian pertama pada musim itu. Buah ini telah dibeli oleh seorang pengedar produk marin dimana pengedar itu telah berkata tujuannya membeli hanyalah untuk menyokong hasil pertanian negaranya (tempatan). Buah ini hanya tumbuh dan boleh ditemui di utara Jepun sahaja, iaitu Pulau Hokkaido.


(Sumber : http://www.oddee.com )

Ahad, 22 Ogos 2010

Forensik : Kegunaan Ulat Lalat



 Kadang-kadang kita melihat mayat-mayat mangsa pembunuhan yang kita jumpai mempunyai ulat-ulat pada jasadnya. Ini menunjukkan mayat-mayat mati melebihi 24 jam. Hal ini kerana ulat-ulat akan hadir akan mula membusuk. Bagi ahli forensik kehadiran ulat-ulat itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka merungkaikan sebab apa mangsa (mayat itu) itu  mati? dan bila ia mati?.

Sebelum saya menerangkan lebih jauh kepentingan ulat-ulat itu kepada pasukan forensik, terlebih dahulu saya ingin menerangkan siapakah sebenarnya ulat-ulat itu.Ulat-ulat itu adalah larva-larva lalat, kutu dan kumbang. Umumnya larva hidup dengan sebagai parasit dan merosakkan jaringan makhluk lain. Apa yang pasti kebanyakan ulat-ulat yang terdapat pada mayat yang ditemui berasal dari larva lalat. Justeru itu, entri ini akan lebih menjurus kepada kegunaan ulat lalat untuk pasukan forensik.

Kegunaan ulat lalat untuk pasukan forensik

1) Saat menghembuskan nafas yang terakhir

Adalah sangat sulit untuk memastikan waktu kematian mangsa tanpa kehadiran saksi. Paling tidak, pasukan forensik hanya melihat kepada keadaan mayat tersebut contohnya kekakuan mayat, lebam pada badan mayat dan lain-lain lagi.

Pada waktu itu, kehadiran ulat-ulat pada badan mayat dapat merungkaikan saat kematian mangsa.

Caranya : memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu kerana alat pernafasan ulat-ulat itu terus mengalami perubahan seiring dengan waktu.

Bagaimana caranya untuk memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu? Sudah pasti ahli forensik adan kepakaran memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu. Ini kerja mereka. Anda jangan menyibuk....huhuhu

2) Perpindahan mayat

Ulat-ulat itu dapat membantu menentukan apakah lokasi penemuan mayat itu sama dengan lokasi kematiannya.

Caranya : memadankan jenis ulat atau serangga lain yang ditemukan pada tubuh mayat dengan jenis lalat atau serangga lain yang hidup disekitar lokasi penemuan mayat.

3) Identiti mayat

Seringkali mayat yang ditemui sudah tidak berbetuk manusia. Sukar untuk dikenalpasti tanpa identiti yang jelas. Pada waktu inilah ulat-ulat  memainkan peranannya.

Caranya : kebolehan ulat-ulat itu mencerna sel-sel atau jaringan tubuh mayat, maka saluran cerna ulat-ulat itu diperiksa melalui ujian DNA untuk proses pengecaman. Selain daripada itu ulat-ulat ini juga memakan cairan sperma atau cairan vagina. Maka, bukan sahaja identiti mangsa dikenalpasti malah identiti suspek yang melakukan kekerasan seksual juga dapat dikenalpasti.

4) Mencari penyebab kematian.

Mengungkap misteri penyebab kematian bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Untuk menyelesaikannya, sekali lagi pasukan forensik menggunakan kehadiran ulat-ulat untuk merungkaikan misteri ini.

Caranya : ahli forensik memeriksa dimana bahagian tubuh mayat yang menjadi tempat kesukaan ulat-ulat berkumpul. Ini bermakna tempat yang paling banyak ulat-ulat berkumpul, disitulah ahli forensik akan melakukan pemeriksaan. Kebiasaannya, ulat-ulat menyukai kawasan mata, hidung, telinga, mulut. Bahagian-bahagian ini merupakan bahagian yang mempunyai lubang kerana ulat-ulat menyukai kegelapan di dalam lubang.

Bagaimana jika ulat-ulat ditemui pada bahagian tubuh yang lain?? nah!! inilah petunjuknya.
  • Apabila ulat-ulat ditemui pada lengan misalnya, maka diidentifikasikan adanya luka di lengan, sebab luka yang mengeluarkan darah merupakan hal yang amat menarik dan disukai oleh ulat-ulat sehingga mereka berkumpul pada bahagian luka tersebut.
  • Demikian juga bila ulat-ulat ditemui pada bahagian kemaluan dan anus (lubang punggung), padahal bahagian ini termasuk tempat yang tidak disukai ulat-ulat, tetapi jika ada bau-bau khusus yang menarik mereka untuk berkumpul disana ( misalnya bau cairan sperma dan vagina) maka ulat-ulat akan banyak ditemui didaerah ini, jadi dapat dikenalpasti bahawa sebelum kematian terjadi kekerasan seksual..
  • Bahkan, jika ada kecurigaan keracunan pun, dapat diketahui melalui ulat-ulat iaitu ulat-ulat diekstrak dan dilakukan ujian racun ( toksikologi)
Nah!! binatang sekecil ini pun memberi manfaat kepada manusia. Inilah kekuasaan Allah dengan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Tetapi masih ramai lagi manusia berpaling daripada kebenaran..

 Sekian.

( Sumber : http://bidansmart.wordpress.com)

Ahad, 15 Ogos 2010

Gula-gula Lipas.

Budak-budak mesti sukakan gula-gula. Hari ini saya nak tunjukkan satu jenis gula-gula yang agak pelik. Gula-gula buatan China ini dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat. Gula-gula getah ini berbentuk agak pelik iaitu menyerupai seekor lipas. Gula-gula getah ini dikenali sebagai gula-gula lipas.




Cuba bayangkan anda sedang 'mengulum' atau 'mengemam' gula-gula ini di dalam mulut. Sanggupkah anda??
Gula-gula getah berperisa cola ini didatangkan dalam satu pack yang mengandungi ibu lipas dan anaknya. Kalau nak rasa keenakannya, terbanglah ke Amerika atau untuk mendapatkannya..

(Sumber : http://www.oddee.com)

Selasa, 10 Ogos 2010

Semanis Kurma, Secukup Rasa..

Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada anda semua. diharap anda dapat menjalankan ibadah ramadhan dengan sempurna. Sebenarnya takde apa yang nak ditulis pada malam ni.  Cuma nak berkongsi sikit tentang makanan yang sangat popular ketika bulan Ramadhan. Idea nak tulis ni muncul ketika saya balik dari tarawikh tadi. Tiba-tiba je muncul. Bila dah ada idea tu senanglah nak 'conteng' kat sini. Saya rasa anda dah tahu makanan popular tu kan. Tanpa membuang saya bagitau je la terus. Makanan tu adalah kurma. Cuma kali ini saya hanya akan ceritakan khasiat kurma je.

Kurma
 Kurma dengan nama sintifiknya Phonex Dactylifera adalah tumbuhan daripada keluarga Palma. Ia berbuah dan isinya boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah. Kebanyakannya tumbuh subur di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Maka tidak hairanlah negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir, Tunisia, Algeria, Iraq dan Iran menjadi negara pengeluar dan pengeksport utama kurma. Selain rasanya manis, ia juga tahan lama, tidak perlu di masak dan mempunyai banyak khasiat. Nabi Muhammad SAW menjadikannya sebagai makanan utama.

Kurma Bertangkai
 Diantara khasiat kurma :-
  • Kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, magnesium, sulfur selain pelbagai vitamin termasuk asid folik.
  • Kandungan magnesium yang tinggi dalam kurma boleh mencegah barah.
  • Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.
  • 1 kg kurma dapat memberikan 3470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya.
  • Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah rabun pada waktu malam, kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.
  • Menjadi penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak. 
  • Dapat mencegah serangan strok.
  • Bersifat seperti aspirin (pain killer).
  • Kurma Nabi atau Ajwa merupakan kurma paling popular dan mahal, harganya mencecah RM120/kg. Kurma ini banyak digunakan dalam perubatan Islam ( masalah sihir dan gangguan makluk halus). Dikatakan jin takut dengan kurma ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat kurma, sila lawati  http://tayibah.com/eIslam/kurma.htm

( sumber : http://tayibah.com/eIslam/kurma.htm )
( sumber : http://www.bharian.com.my )

Ahad, 8 Ogos 2010

Iklan kreatif pada badan bas!!

Cuba anda perhatikan betul-betul. Menarik tak iklan ini. Pada saya iklan-iklan ini sangat menarik. Pereka iklan-iklan ini menunjukkan bakat dan kekreatifan mereka. Ok, kita tengok satu-persatu iklan ini dan ketahui dimana kita boleh temui bas ini :-



1) Jangan keliru!! Ini adalah sebuah bas bukannya lori sampah. Kita boleh temui bas yang mempunyai iklan seperti ini di Belanda (Holland/Netherlands)



2) Kelihatan seolah-olah bas itu dililit oleh seekor ular anaconda yang besar. Wah! gerunnya saya. Bukan saje saya yang gerun, sesiapa yang melihat pun pasti gerun. Tapi ini bukannya realiti. Iklan pada badan bas ini dicipta oleh Bates Y&R Advertising Agency untuk Copenhagen Zoo Company, Denmark. Iklan ini dilancarkan December 2009 dengan tajuknya :  'Snake Bus'.



3) Iklan pada bas ini membuatkan bas ini nampak seolah-olah seperti berat sebelah kerana berat yang tidak seimbang. Tapi sebenarnya itu hanyalah ilusi semata-mata.



4) Iklan ini dibuat oleh  JWT, Hong Kong Advertising Agency yang berpengkalan di  HONG KONG. Dilancarkan pada July 2007 dengan tajuknya : ' Wrong Job'.


Itu saje, yang ingin saya kongsikan pada malam ini. Jumpa lagi pada 'post' yang akan datang..

( Sumber : http://www.oddee.com )

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rokok (Bahagian Akhir)


Jika posting sebelum ni menerangkan tentang kandungan bahan kimia yang bersifat karsinogen. Pada kali saya akan menerangkan bahan-bahan kimia lain yang terdapat di dalam rokok. Diantaranya :-

Logam Toksik


1) Arsenik : biasanya digunakan dalam ramuan racun tikus. Ia datang bersama dengan tembakau yang diambil dari ladang akibat daripada penggunaan pesticide. Tembakau inilah yang akan diproses menjadi rokok.

2) Kadmium : logam berat bertoksik ini biasanya digunakan dalam pembuatan bateri. 


 Logam bertoksik radioaktif


Lead-210 (Pb-210) dan polonium-210 (Po-210) sangat beracun.



Racun

1) Ammonia : biasanya ditemui dalam produk-produk pencuci dan baja. Berupaya meningkatkan kesan nikotin dalam sesuatu rokok itu.


2) Karbon Monoksida : biasanya ditemui dalam asap kenderaan dan boleh membunuh jika dalam amount yang tinggi. Asap rokok memiliki kandungan karbon monoksida yang tinggi.

3) Hidrogen Sianida : Semasa Perang Dunia ke-2, Nazi Jerman telah menggunakan gas ini untuk membunuh manusia.

4) Nicotine : beracun dan selalunya digunakan dalam racun pesticides. Nikotinlah bahan yang menyebabkan ketagihan merokok. Nikotin merupakan bahan yang sangat penting dalam menghasilkan sebatang rokok. Tanpa nikotin, perokok tidak akan ketagihan.

Itu saje yang dapat saya kongsikan pada entri kali ini. Kepada perokok saya nasihatkan berhentilah merokok kerana ia bukan sahaja merbahayakan diri anda, malah ia juga akan menyebabkan sesiapa sahaja yang tidak merokok tetapi yang berdamping dengan anda mengalami nasib sama seperti anda. Anda bukan sahaja berdosa kerana merokok, malah anda juga berdosa kerana mendatangkan kemudaratan kepada orang-orang disekeliling anda.



( Sumber fakta : http://quitsmoking.about.com/od/chemicalsinsmoke/a/chemicalshub.htm )
( Sumber gambar : http://regional.kompasiana.com )

Rabu, 4 Ogos 2010

Rokok (Bahagian 1)


Lagi seminggu lagi Ramadhan akan disambut. Ramadhan bulan yang ditunggu oleh setiap orang Islam. Sama ada mereka ikhlas menunggu atau sebaliknya, itu terpulanglah kepada mereka. Tetapi ada satu kumpulan yang agak kekok menjelang Ramadhan iaitu perokok tegar. Bukan sahaja terpaksa menahan lapar dan dahaga di siang hari malah amalan menghisap pun terpaksa dielakkan. Maka bila sahaja waktu berbuka menjelma, rokoklah disambarnya dahulu. Tetapi sebelum tu, air manis ditelannya dulu untuk ambil amalan sunat katanya.

Apa istimewanya merokok sampai ramai sangat perokok diluar sana. Kita boleh menyatakan bahawa kita tidak merokok tetapi keluarga kita ada juga yang merokok. Ayah,datuk,adik,abang,suami malahan perempuan juga ada yang merokok. Fatwa tentang merokok pun tidak selaras ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan makhruk. Malahan ada juga golongan ahli-ahli agama pun yang merokok. Maka tidak hairanlah sesetengah fatwa yang mengatakan merokok itu makhruk.

Sebenarnya, rokok lebih membawa mudarat kepada manusia. Selain daripada memberikan kita penyakit-penyakit kronik, ia juga membuatkan kita terpaksa berbelanja lebih setiap bulan untuk membeli rokok. Walaupun harga rokok mahal, itu tidak menjadi masalah kepada si perokok kerana mereka berpendapat rokok adalah makanan ruji bagi mereka (hehehe...). Dengan cukai yang tinggi dan permintaan juga tinggi, maka pendapatan negara juga pun bertambah (hahaha...) Terima kasih diucapkan kepada perokok.

Apa yang nak diperkatakan disini bukanlah untungnya perokok, tetapi sebenarnya, apa kandungan di dalam  rokok. Intro panjang takpe, lama sikit korang menjelajah blog saya ni..

Ok, disini saya senaraikan bahan-bahan kimia didalam rokok :-
1)  Karsinogen ( carcinogens )
2)  Logam bertoksik ( toxic metals)
3)  Logam Radioaktik bertoksik ( radioactive toxic metals )
4) Racun (poison )

Kali ini saya akan menerangkan tentang karsinogen dahulu, karsinogen adalah sesuatu bahan atau unsur yang boleh menyebabkan atau menambah burukkan lagi kanser/barah. Dianggarkan lebih kurang 60 bahan kimia dalam rokok yang boleh menyebabkan kanser. Diantaranya;

a)  TSNAs

Tobacco-specific N-nitrosamines (TSNAs)  dikenali sebagai unsur karsinogen yang paling berpotensi menyebabkan kanser dimana ia berada didalam tembakau kurang asap, tembakau untuk dihidu (bau tembakau)  dan asap tembakau.


b) Benzena (benzene)

Benzena boleh ditemui didalam pesticides ( racun ) dan minyak gasoline. Ia hadir dalam kuantiti yang banyak di dalam asap rokok dan menyebabkan manusia lebih terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya.



c) Pesticides

Racun yang digunakan dikebun dan tanah untuk tujuan pertanian. Unsur-unsur pesticides yang terkandung di dalam asap rokok akan meresap terus ke paru-paru.


d) Formaldehyde

Bahan kimia ini biasanya digunakan untuk mengawet mayat. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kerongkong, hidung dan mata perokok.


Itu sahaja untuk kali ini, pada entri seterusnya saya akan menceritakan lagi unsur-unsur lain didalam rokok.
Jumpa lagi pada bahagian seterusnya.

( sumber fakta : http://quitsmoking.about.com/od/chemicalsinsmoke/a/chemicalshub.htm )
( sumber penerangan : ayat sendiri )
( gambar : internet )

Isnin, 2 Ogos 2010

10 Perkara Yang Kamu Patut Tahu Mengenai Kopi



Caffeine boleh membunuh kamu

Jika kamu minum 80-100 cawan sehari menurut pandangan pakar kesihatan. Saya nasihatkan jangan mencuba berbuat demikian.


Kopi adalah baik untuk kamu

Mengandungi antioxidants (berfungsi melambatkan penuaan & mengurangkan risiko barah). Satu hingga dua cawan sehari sudah mencukupi. Jika tidak suka kopi, cuba teh hitam (mengandungi antioxidants kedua terbanyak selepas kopi). Boleh juga mengambil makanan seperti pisang, kacang kering dan jagung. Kesemua makanan yang disebutkan diatas adalah makanan yang banyak mengandungi antioxidants.

Kopi boleh meningkatkan keupayaan (kedayatahanan) seks perempuan

Ia hanya menjadi untuk tikus sahaja. Kalaupun untuk manusia yang meningkat keupayaan seksnya, ia hanyalah untuk perempuan yang kebiasaannya bukan penggemar kopi.

Kopi mungkin mengurangkan kesakitan
Kajian menunjukkan kadar dos caffeine yang sederhana bersamaan dengan dua cawan kopi boleh mengurangkan kesakitan post-gym muscle. Tetapi kajian ini telah dijalankan terhadap pesakit yang jarang meminum kopi (bukan penggemar kopi).

Kopi boleh membuatkan kamu berjaga malam


Pakar kesihatan menasihatkan cuba elak meminum kopi enam jam sebelum waktu tidur anda.





Kopi kurang caffeine (nyahcaffeine) juga mengandungi caffeine
Kajian menunjukkan jika kamu minum 10 cawan kopi nyahcaffeine, kamu akan dapat jumlah caffeine yang sama dengani dengan satu atau dua cawan kopi biasa.


Penyahcaffeinan (proses nyahcaffeine) menggunakan bahan kimia
Mula-mula biji/buah kopi distimkan untuk melarutkan/membuang caffeine yang bergerak ke permukaan (tudung periuk/ tudung tempat proses penstiman). Kemudian biji kopi akan dibasuh dengan pelarut organik yang dikenali sebagai methylene chloride.
Caffeine bukanlah penyebab rasa pahit di dalam kopi
Caffeine bukanlah penyebab utama rasa pahit didalam kopi. Ia datang daripada antioxidants.

Rasa kopi yang enak bergantung kepada cara kopi dipanggang dan direndam (disediakan)
kopi yang dipanggang hitam mempunyai jumlah caffeine yang banyak


Sebenarnya, kopi pertama sekali ditemui oleh kambing bukannya manusia
Kambing adalah penemu pertama kopi pada milenium yang lepas di kawasan pergunungan afrika.


( sumber : http://www.livescience.com )

Sabtu, 31 Julai 2010

Miracles of The Qur'an

Buku tulisan Harun Yahya ini menceritakan tentang keajaiban Al-Qur'an. Didalamnya terkandung tajuk-tajuk seperti kejadian alam, kejadian manusia, susu ibu,cap jari, ilmu-ilmu daripada Al-Qur'an yang sesuai sepanjang zaman, sejarah-sejarah manusia terdahulu, kebesaran Allah dan lain-lain lagi.

Dibawah ini disertakan link untuk buku dan video mengenai tajuk ini..


Miracles of the Quran








Jumaat, 30 Julai 2010

Global Citizens Day Exhibition

Semalam telah berlangsungnya satu pameran yang dianjurkan oleh peserta-peserta kursus profiensi Bahasa Inggeris (mbmmbi) peringkat daerah Mersing. Saya juga turut terlibat kerana saya merupakan salah seorang peserta kursus ini. Terdapat enam tema kesemuanya meliputi makanan,tempat menarik, pantang larang,muzik & tarian, perayaaan dan outdoor games. Group saya dikehendaki membuat pameran tentang 'Taboo & Superstitions around the world" atau dalam bahasa melayunya pantang larang.

Setelah bersusah-payah akhirnya pameran ini berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya. Peserta dan pengunjung menunjukkan komitmen yang jitu. Apabila berakhirnya pameran ini maka berakhirlah sudah kursus ini yang dijalankan sebanyak 4 fasa. Diharap guru-guru yang terlibat dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kursus ini di sekolah-sekolah mereka.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar yang dapat di'snap'kan sebelum, semasa dan selepas pameran..

Sebelum Pameran..


Tuan blog ni la tu..


ahli groupnya..


boothnye..


dewan pameran..

Semasa Pameran


Pengunjung booth kami..


tunjuk ajar cara membuat Halloween's Bat


Makluman tambahan : Sila lawati link dibawah untuk melihat gambar-gambar seterusnya..

http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=11511&id=100000869514090