Rabu, 2 November 2011

'Solat" Kristian Orthodox Mirip Islam!!!

Cara Solat Mirip Islam



Pada suatu masa di Hotel Sahid Surabaya tatkala Maghrib menjengah tiba, belasan orang bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang iman. Tapi anda jangan keliru kerana mereka bukannya Muslim. Mereka adalah jemaah Kristian Orthodox iaitu sebuah mazhab dalam agama Kristian. Orang Awam boleh terkeliru kerana mereka bersolat seakan muslim. Mazhab ini memang sangat mirip dengan Islam. Bukan sahaja asalnya juga dari Timur Tengah, tetapi ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengok sahaja saat mereka bersolat. Selain berkopiah dan berimam, mereka juga menggunakan bahasa Arab ( bila berjemaah boleh dengar). Rukun solat juga hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, mereka 7 kali sehari selang 3 jam tetapi rakaatnya tetap iaitu 2 rakaat setiap solat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/subuh), sa'atus tsalis (dhuha), sa'atus sadis (zohor), sa'atul tis'ah (asar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isyak) dan sa'atul lail (tengah malam). Begitu juga amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan ( puasa 30 atau 29 hari berturut-turut) dalam setahun, iaitu pada bulan Ramadhan. Manakala bagi Kristian Orthodox berpuasa selama 40 berturut-turut. Dilakukan sekitar bulan April dan dikenali sebagai shaumil kabir. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Khamis (kedua-dua hari amalan sunnah nabi untuk berpuasa), Kristian Orthodox pula melakukannya pada Rabu dan Jumaat. Selain itu, jemaah Kristian Orthodox juga membayar zakat. Zakat dalam ajaran mereka adalah 1/10 daripada jumlah pendapatan. Jadi janganlah anda terkeliru dengan amalan mereka!!!



* dikutip daripada internet dan facebook dan diolah secara bebas oleh pemilik blog ini (^_^)