Dalam kekecohan serangan Israel terhadap Gaza, apa kata saya ingin berkongsikan maklumat dengan anda tentang Briged Izzuddin al-Qassam. Al-Qassam merupakan sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannnya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.Unit Elit ini sangat digeruni oleh regim Zionis.
Nama Al-Qassam diberi bersempena dengan nama seorang pejuang ulama yang syahid berdekekatan Jenin pada tahun 1935 iaitu Syeikh Izzuddin Al-Qassam. Unit elit ini hanya dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin. Jumlah bilangan tenteranya dalam lingkungan 25000 orang.
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
1) Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2) Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
3) Mengimani perjuangan pembebasab Al-Aqsa dan Palestin.
4) Berdisiplin dan mentaati Amir.
5) Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Briged ini yang terkenal dengan dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dasyat sehingga media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Keimanan para anggota Briged Al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada diantara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan merekan yang amat digeruni oleh 700000 tentera Israel.
"WAHAI BRIGED AL-QASSAM, PERJUANGAN ANDA AMAT KAMI SANJUNGI"
"WAHAI RAKYAT PALESTIN KAMI SENTIASA BERSAMA ANDA"