Lagi seminggu lagi Ramadhan akan disambut. Ramadhan bulan yang ditunggu oleh setiap orang Islam. Sama ada mereka ikhlas menunggu atau sebaliknya, itu terpulanglah kepada mereka. Tetapi ada satu kumpulan yang agak kekok menjelang Ramadhan iaitu perokok tegar. Bukan sahaja terpaksa menahan lapar dan dahaga di siang hari malah amalan menghisap pun terpaksa dielakkan. Maka bila sahaja waktu berbuka menjelma, rokoklah disambarnya dahulu. Tetapi sebelum tu, air manis ditelannya dulu untuk ambil amalan sunat katanya.
Apa istimewanya merokok sampai ramai sangat perokok diluar sana. Kita boleh menyatakan bahawa kita tidak merokok tetapi keluarga kita ada juga yang merokok. Ayah,datuk,adik,abang,suami malahan perempuan juga ada yang merokok. Fatwa tentang merokok pun tidak selaras ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan makhruk. Malahan ada juga golongan ahli-ahli agama pun yang merokok. Maka tidak hairanlah sesetengah fatwa yang mengatakan merokok itu makhruk.
Sebenarnya, rokok lebih membawa mudarat kepada manusia. Selain daripada memberikan kita penyakit-penyakit kronik, ia juga membuatkan kita terpaksa berbelanja lebih setiap bulan untuk membeli rokok. Walaupun harga rokok mahal, itu tidak menjadi masalah kepada si perokok kerana mereka berpendapat rokok adalah makanan ruji bagi mereka (hehehe...). Dengan cukai yang tinggi dan permintaan juga tinggi, maka pendapatan negara juga pun bertambah (hahaha...) Terima kasih diucapkan kepada perokok.
Apa yang nak diperkatakan disini bukanlah untungnya perokok, tetapi sebenarnya, apa kandungan di dalam rokok. Intro panjang takpe, lama sikit korang menjelajah blog saya ni..
Ok, disini saya senaraikan bahan-bahan kimia didalam rokok :-
1) Karsinogen ( carcinogens )
2) Logam bertoksik ( toxic metals)
3) Logam Radioaktik bertoksik ( radioactive toxic metals )
4) Racun (poison )
Kali ini saya akan menerangkan tentang karsinogen dahulu, karsinogen adalah sesuatu bahan atau unsur yang boleh menyebabkan atau menambah burukkan lagi kanser/barah. Dianggarkan lebih kurang 60 bahan kimia dalam rokok yang boleh menyebabkan kanser. Diantaranya;
a) TSNAs
Tobacco-specific N-nitrosamines (TSNAs) dikenali sebagai unsur karsinogen yang paling berpotensi menyebabkan kanser dimana ia berada didalam tembakau kurang asap, tembakau untuk dihidu (bau tembakau) dan asap tembakau.
b) Benzena (benzene)
Benzena boleh ditemui didalam pesticides ( racun ) dan minyak gasoline. Ia hadir dalam kuantiti yang banyak di dalam asap rokok dan menyebabkan manusia lebih terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya.
c) Pesticides
Racun yang digunakan dikebun dan tanah untuk tujuan pertanian. Unsur-unsur pesticides yang terkandung di dalam asap rokok akan meresap terus ke paru-paru.
d) Formaldehyde
Bahan kimia ini biasanya digunakan untuk mengawet mayat. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan kerongkong, hidung dan mata perokok.
Itu sahaja untuk kali ini, pada entri seterusnya saya akan menceritakan lagi unsur-unsur lain didalam rokok.
Jumpa lagi pada bahagian seterusnya.
( sumber fakta : http://quitsmoking.about.com/od/chemicalsinsmoke/a/chemicalshub.htm )
( sumber penerangan : ayat sendiri )
( gambar : internet )