|
Ais |
Kite ditipu yahudi
Minuman panas atau minuman sejuk yang merbahaya ?
Kebanyakan kita d Malaysia tidak mengamalkan meminum minuman sejuk atau
berais d sebabkan kononnya boleh mendatangkan banyak penyakit. Jadi
kebanyakan d antara kita lebih memilih untuk mengambil yang panas. Sebenarnya teori atau rancangan Yahudi sudah mendahului agama kita,
kita terpedaya dengan teori-teori Barat sedangkan kita ada panduan daripada
Quran & Hadith yang tidak akan luput di telan zaman. Tahukah
kita bahawa Sains menjumpai satu keputusan berkenaan minuman sejuk yang
kononnya dikatakan berbahaya kepada kesihatan dalaman manusia. Yang mana
keputusan itu jauh ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan Al Quran
& As Sunnah. Dari Urwah Bin Zubair RA berkata : Bahawasanya
pernah beliau ( Asma bin Abu Bakr membuat tsarid, beliau kemudian
menutupnya sehinggalah asap panasnya hilang. Kemudian berkata dia "
Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw pernah berkata " sesungguhnya
itu menambahkan baraqah " ( Musnad Ahmad no 26958. Di nilai sohih oleh
Sheikh Nasiruddin Al Bani dan di nilai hassan oleh Syuaib Al Arnauth).
Mari kita baca sedikit sebanyak tentang kelebihan yang terdapat pada ais. “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tidak baik untuk kesihatan.
Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih
memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif
dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan
Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat
menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur
seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut
untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga
kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka
panjang. Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya
dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil
ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan
batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan
meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan
berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat
mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk
mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang
telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana mana atlit sukan
dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang bahaya seperti demam
panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi
penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular
sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan
kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk
menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan
lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan
dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama
terjadinya lumpuh.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang
dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air
sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas
cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami
gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan
di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat
panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan
memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Dan yang paling panas kononnya mengamalkan minuman sejuk boleh menyebabkan risiko mati pucuk
bagi lelaki, tidak ada keputusan dari Saintis maupun DR yang mengatakan
demikian. Melainkan petua2 orang terdahulu yang tidak mempunyai fakta.
Walhal hanya pantang larang dan pendapat mereka sendiri tapi bila
terbiasa di dengar dari dulu hingga sekarang, orang akan anggap ianya
benar dan tepat.
-muiz-