Sabtu, 18 September 2010

Kongkang

Posted by fauzan ayyildizlillar on Sabtu, September 18, 2010 in , , | No comments


 Pernah tengok gambar ni.? Inilah kongkang (english : slow loris). Saya pasti ramai yang tak pernah melihatnya sebab binatang ni dah hampir pupus. Kali terakhir saya tengok dekat kampung saya pun masa tahun 1991. Entah ada tak lagi binatang ni. Apa yang menarik tentang kongkang ni lah adalah disebabkan matanya besar. Comelkan... Korang pun kalau nak cari awek mesti nak cari yang mata besarkan. Sebab tu lah kalau kita tengok anime-anime banyak kalau karekter perempuannya bermata besar supaya nampak cute. Apa susah kalau susah sangat nak dapat awek couple je dengan kongkang ni hahaha..Gurau je, jangan ambil hati pulak..

Kongkang tergolong dalam spesis loris dalam genus Nycticebus. Ada tiga jenis kongkang didunia ini; Kongkang Sunda (Nycticebus coucang), Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil (Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara, sepanjang Bangladesh, Vietnam, Indonesia, India (Timur laut India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand. Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies terancam.Nama Indonesia adalah malu malu. Spesies Kerdin disenaraikan sebagai terancam oleh Perkhidmatan Haiwan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.International Union for Conservation of Nature and Natural Resources Red List of Threatened Species mengelaskan Kongkang Jawa sebagai spesies terancam dan semua spesies kongkang lain sebagai lemah.

Kongkang adalah haiwan berdarah panas (mamalia), melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak perlahan. Matanya sedikit kemerahan.

Kongkang merupakan maserba yang memakan daging apabila berpeluang, biasanya memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil, telor, dan haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan senyap, mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar menggunakan kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah, daun muda, dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih rendah berbanding anggaran berasaskan saiz. Tetapi kebiasaannya, kongkang makan pisang ataupun buah-buahan yang lembut isinya terutamanya  buah-buahan manis (favoritenye).

Jadi sesiapa yang tak pernah melihat kongkang, tataplah gambar kongkang dalam entri ni lama-lama..

(Sumber : http://9w2ggk.multiply.com)

0 ulasan:

Catat Ulasan