Latest Videos

Ahad, 22 Ogos 2010

Forensik : Kegunaan Ulat Lalat



 Kadang-kadang kita melihat mayat-mayat mangsa pembunuhan yang kita jumpai mempunyai ulat-ulat pada jasadnya. Ini menunjukkan mayat-mayat mati melebihi 24 jam. Hal ini kerana ulat-ulat akan hadir akan mula membusuk. Bagi ahli forensik kehadiran ulat-ulat itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka merungkaikan sebab apa mangsa (mayat itu) itu  mati? dan bila ia mati?.

Sebelum saya menerangkan lebih jauh kepentingan ulat-ulat itu kepada pasukan forensik, terlebih dahulu saya ingin menerangkan siapakah sebenarnya ulat-ulat itu.Ulat-ulat itu adalah larva-larva lalat, kutu dan kumbang. Umumnya larva hidup dengan sebagai parasit dan merosakkan jaringan makhluk lain. Apa yang pasti kebanyakan ulat-ulat yang terdapat pada mayat yang ditemui berasal dari larva lalat. Justeru itu, entri ini akan lebih menjurus kepada kegunaan ulat lalat untuk pasukan forensik.

Kegunaan ulat lalat untuk pasukan forensik

1) Saat menghembuskan nafas yang terakhir

Adalah sangat sulit untuk memastikan waktu kematian mangsa tanpa kehadiran saksi. Paling tidak, pasukan forensik hanya melihat kepada keadaan mayat tersebut contohnya kekakuan mayat, lebam pada badan mayat dan lain-lain lagi.

Pada waktu itu, kehadiran ulat-ulat pada badan mayat dapat merungkaikan saat kematian mangsa.

Caranya : memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu kerana alat pernafasan ulat-ulat itu terus mengalami perubahan seiring dengan waktu.

Bagaimana caranya untuk memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu? Sudah pasti ahli forensik adan kepakaran memeriksa alat pernafasan ulat-ulat itu. Ini kerja mereka. Anda jangan menyibuk....huhuhu

2) Perpindahan mayat

Ulat-ulat itu dapat membantu menentukan apakah lokasi penemuan mayat itu sama dengan lokasi kematiannya.

Caranya : memadankan jenis ulat atau serangga lain yang ditemukan pada tubuh mayat dengan jenis lalat atau serangga lain yang hidup disekitar lokasi penemuan mayat.

3) Identiti mayat

Seringkali mayat yang ditemui sudah tidak berbetuk manusia. Sukar untuk dikenalpasti tanpa identiti yang jelas. Pada waktu inilah ulat-ulat  memainkan peranannya.

Caranya : kebolehan ulat-ulat itu mencerna sel-sel atau jaringan tubuh mayat, maka saluran cerna ulat-ulat itu diperiksa melalui ujian DNA untuk proses pengecaman. Selain daripada itu ulat-ulat ini juga memakan cairan sperma atau cairan vagina. Maka, bukan sahaja identiti mangsa dikenalpasti malah identiti suspek yang melakukan kekerasan seksual juga dapat dikenalpasti.

4) Mencari penyebab kematian.

Mengungkap misteri penyebab kematian bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Untuk menyelesaikannya, sekali lagi pasukan forensik menggunakan kehadiran ulat-ulat untuk merungkaikan misteri ini.

Caranya : ahli forensik memeriksa dimana bahagian tubuh mayat yang menjadi tempat kesukaan ulat-ulat berkumpul. Ini bermakna tempat yang paling banyak ulat-ulat berkumpul, disitulah ahli forensik akan melakukan pemeriksaan. Kebiasaannya, ulat-ulat menyukai kawasan mata, hidung, telinga, mulut. Bahagian-bahagian ini merupakan bahagian yang mempunyai lubang kerana ulat-ulat menyukai kegelapan di dalam lubang.

Bagaimana jika ulat-ulat ditemui pada bahagian tubuh yang lain?? nah!! inilah petunjuknya.
  • Apabila ulat-ulat ditemui pada lengan misalnya, maka diidentifikasikan adanya luka di lengan, sebab luka yang mengeluarkan darah merupakan hal yang amat menarik dan disukai oleh ulat-ulat sehingga mereka berkumpul pada bahagian luka tersebut.
  • Demikian juga bila ulat-ulat ditemui pada bahagian kemaluan dan anus (lubang punggung), padahal bahagian ini termasuk tempat yang tidak disukai ulat-ulat, tetapi jika ada bau-bau khusus yang menarik mereka untuk berkumpul disana ( misalnya bau cairan sperma dan vagina) maka ulat-ulat akan banyak ditemui didaerah ini, jadi dapat dikenalpasti bahawa sebelum kematian terjadi kekerasan seksual..
  • Bahkan, jika ada kecurigaan keracunan pun, dapat diketahui melalui ulat-ulat iaitu ulat-ulat diekstrak dan dilakukan ujian racun ( toksikologi)
Nah!! binatang sekecil ini pun memberi manfaat kepada manusia. Inilah kekuasaan Allah dengan menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Tetapi masih ramai lagi manusia berpaling daripada kebenaran..

 Sekian.

( Sumber : http://bidansmart.wordpress.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
This Blog is Protected. Copyright 2010 © Design By Fauzan Al-yildizlillar